Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, July 20, 2010

Majlis Makan Malam Amal PIKAT.


Tahniah Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Kedah yang buat julung-julung kalinya telah berjaya mengadakan majlis Makan Malam Amal untuk mengutip derma didalam usaha menambah dana untuk program mereka pada tahun ini.


Majlis diadakan di Dewan Mentaloon, kediaman resmi MB dan dihadiri sendiri oleh YAB Menteri Besar. Pengerusi pikat adalah isteri MB sendiri, Toh Puan Hj Faekah Sheikh Hamzah.


Jamuan makan malam memenuhi dewan tersebut dan khabrnya 80 meja telah berjaya dijual dan diharap program sulung dan pertama yang diadakan ini akan dapat diteruskan lagi dimasa depan dan segala kecacatan dan kesilapan yang wujud pada malam tersebut dapat dibaiki dan diperelokkan agar ia menjadi betul-betul satu bentuk program yang mendidik jiwa dan minda pengunjung , mungkin kesilapan pertama untuk majlis pertama ini tidak dapat dielakkan kerana ada pihak yang tidak biasa dengan program sebegini.


Walau bagaimana pun, ucapan terima kasih diucapkan kepada Sdr Azhan Atan Juara Nasid TV9 yang menjadi penghibur pada malam tersebut mendendangkan 3 buah lagu keinsafan dan mendidik minda dan jiwa, serta Saudara Ibnor Rizal yang menyampaikan 2 buah lagu kenangan koleksi beliau dan suasana malam tersebut diceriakan dengan telatah Sdr Yusof Chong walaupun dalam keadaan kesihatan beliau yang agak sukar sekarang ini.


Terima kasih diatas segala sumbangan semua pihak didalam usaha membantu PIKAT semoga usaha ini akan dapat menambah keyakinan PIKAT untuk membuat usaha kebajikan kepada rakyat Kedah dengan lebih gigih lagi, terutama menjelang bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi.

Terima kasih para penymbang, tahniah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.