Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 21, 2010

Menziarahi kematian Siam.


Petang tadi ana dan isteri bersama MKK Gajah Mati Sdr Omar serta MKK Titi Akar En Ainim dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Pendang dan Negeri Kedah En Kunasegari telah menziarahi kematian warga emas keturunan Siam Ekong a/p Endin Chan di Kampong Tok Set, Kubor Panjang . Beliau ketika meninggal berusia 70 tahun, mengalami masalah lumpoh selama 7 tahun. Suami beliau telah lama meninggal dunia dan semasa hayatnya beliau dijaga oleh anak sulung beliau , seorang penoreh getah.

Semasa ziarah tersebut, kebanyakan ahli keluarga beliau ada bersama . Mengikut maklumat beliau akan dibakar esok pada jam 10 pagi di watt Tok Set, Kubor Panjang.
Kami dilayan dengan mesra oleh anak simati dan diberikan kacang goreng dan air kotak yang menjadi kelaziman jamuan yang sering dihidangkan oleh mereka kepada tetamu yang beragama Islam yang menziarahi simati.

Kebiasaan nya orang Siam menyimpan mayat simati dirumah antara 2-3 hari sehingga seminggu , tetapi ada yang sampai 6 bulan didalam keranda yang ber'aircond' bagi yang berada dan ditelakkan air bagi yang kurang berada agar mayat tidak cepat rosak. Ini bergantung kepada kekayaan seseorang itu kerana semakin lama disimpan maka semakin banyak pula belanja yang terpaksa digunakan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.