Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, July 23, 2010

Ziarah warga emas.


Program ziarah warga emas telah diadakan petang semalam di banggol Besi bersama PA YB Dato' Taulan dan MKK disitu En Zakaria. Seramai 8 warga emas sempat diziarahi dan mereka ada yang sakit kronik dan ada yang masih sihat, cuma sedikit keuzuran.

Satu gotong royong membaiki rumah warga emas daif telah diadakan sejak pagi untuk menyiapkan rumah beliau hasil sumbahan pejabat DUN dan PKWR Tokai melalui Penghulu Ayer Puteh.


Insyallah dikesempatan lain akan dilakukan pula ziarah di kampong lain pula.

Terima kasih atas usaha MKK yang telah sudi menyumbangkan elaun beliau kepada warga emas yang dilawati tersebut, moga Allah memberi ganjaran pahala keatas beliau sebagai amal jariah yang berkekalan .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.