Macam -macam hal mutakhir, dah lah rakyat dibebankan dengan kenaikan 5 dalam 1 baru-baru ni, kedenganran pulak ada yang nak membuncitkan perut saudara sekandung pulak dengan mewajibkan peniaga kedai jual minyak ni hanya bertransaksi dengan hanya satu bank saja, bank yang ada hubungan darah dengan orang kuat negara, tak habis-habis karenah dan maslah yang rakyat terpaksa hadapi.
Hari tu rasanya bila nak naikkan harga 5 dlm 1 tu, dikatakan kepada yang nak tulis berita, jangan sebut naik, tapi selaraskan subsidi, tapi bila kita renung dan teliti, dah banyak kali selaraskan subsidi konon nak jimat dan nak bantu rakyat, bila sampai kepad rakyat semua kena bayar lebih.
Dikatakan untuk pendidikan dan kesihatan rakyat, masa Pak Lah dikatakan hendak baiki perkihidmatan pengangkutan awam bila naik minyak dan kerajaan dapat jimat sampai 4.4 billion, tapi sam sekarang makin sukar nak berjalan di KL dan bandar besar lain, jem dan sibuk , kalau nak guna LRT atau monoirel pun, tempat parking pula masalah, dan kenderaan sambung ( connecting) tak ada, jadi terpaksa guna kenderaan sendiri juga. Nak masuk hospital, juga kena bayar kos itu dan ini, selalu pesakit datang pohon bantuan bayar kos masuk wad, kos prostesis, kos pembedahan dan berbagai lagi yang dikatakan nak beri perkhidmatan kepada rakyat hasil naik harga barang dan jimat subsidi kerana nak gunakan untuk kesihatan dan pendidikan rakyat.
Tahun ni kata jimat 750 juta pasal naik 5 dalam 1 , gula, gas, minyak petrol dan disel, lepas ni ada la rangkaian yang akan muncul lagi yang guna gas dan minyal, yang guna gula dan gas masak dan sebagainya.
Mereka sanggup menipu rakyat, jangan kata barang naik, tetapi beritahu kerana kita ada penyelarasan subsidi untuk minyak dan gula serta gas. Harap rakyat jangan tertipu lagi lah lepas ni.
Tuesday, July 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment