Monday, August 23, 2010
23 Ogos 2010
Majlis Iftar bersama pegawai Kerajaan dengan MB serta wakil rakyat telah diadakan di kediaman resmi MB Kedah di Mentaloon petang tadi.
Sebelum waktu berbuka , YAB MB telah memberi tazkirah ringkas dalam masa 1/2 jam kepada para hadirin yang terdiri daripada Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta anggota EXCO dan wakil rakyat ADUN dan Ahli Parlimen serta penghulu serta isteri masing-masing.
MB telah mengingatkan tentang amanah didalam menjalankan urusan pentadbiran kerana kesan ibadat puasa dibulan Ramadhan ini iaitu taqwa sudah pasti akan memberikan satu nilai yang amat baik untuk kita melaksanakan urusan pentadbiran didalam kerajaan baik negeri maupun persekutuan.
Perkara-perkara yang buruk adalah semata-mata kerana ajakan syaitan yang sentiasa menyesatkan umat kearah jalan yang dimurkai Allah, terutama didalam usaha kita untuk mencari rezeki yang halal didalam membesarkan anak dan isteri. YAB MB berharap kerajaan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik kepada rakyat insyaallah.
Apa yang menariknya didalam iftar ini adalah ia turut disertai pegawai dan ahli majlis dari kalangan bukan Islam.
Majlis bersurai selepas solat Maghrib berjamaah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment