Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 28, 2010

Mereka akan terus bersuara, selagi talian hayat masih ada.

Mereka akan turut menjadi pencacai walaupun dimana mereka berada agar talian hayat yang ada terus bernyawa, mereka tidak sedar bahawa yang memberi adalah Allah, bukan manusia. Inilah susahnya kalau tidak yakin dengan rezeki yang Allah taala berikan, hanya dengan perkataaan diselewang dari penerangan dan bantuan menjadi 'tazkirah' oleh sebuah akhbar pencacai bertaraf 'taik' , maka ianya dipatuhi dan menodai fatwa majlis fatwa kebangsaan sendiri.
Saturday, August 28, 2010

Pengarah JAIS Menghina Majls Fatwa Kebangsaan
Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan Barisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:
“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.
Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Tulang Besi .

Lihat orang yang ada kelulusan bercakap, mesti ada fakta dan nas.



YANG NI TAK BOLEH.


YANG NI BOLEH PULA.


dalam Masjid Negara, bukan setakat berucap, tapi DEMO SEMBAHYANG, mungkin tak berlaku di Selangor kut, Pengarah JAIS tak ada taring dan kuku di WP. Mana satu ikut Majlis Fatwa Kebangsaan ini, macam mana orang bukan Islam nak kenal Islam, walaupun dah perintah 53 tahun, dimana merdekanya kita.

Agak-agak hampa, macam ni boleh kut. Dah kata orang bukan Islam nak masuk masjid kena tutup aurat, lihatlah contoh 'first lady 'tu!

Agak-agak nya kalau surau ni diambil alih, mungkin yang ini berlaku dibolehkan oleh Islam kut, ikut petua dema tu lah agaknya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.