Hari ini dah 16 hari kita berada didalam Ramadhan al mubarak ni, sama sama lah kita berusaha mendapat yang terbaik daripada Allah Taala kerana ganjaran yang dijanjikan amat besar berbanding bulan yang lain.
Semalam, bertempat di Surau atau Markas UPU Paya Rawa, satu majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada mereka yang kurang berkemampuan dikampong sekitar UPU tersebut dan serama 30 orang telah diberikan sumbangan.
Sebelum majlis sumbangan berlangsung, satu taklimat produk halalan taiyyiban telah diadakan oleh kakitangan Era Edar yang mengeluarkan berbagai produk kegunaan harian dan kosmetik , betapa pentingnya kita menjaga makanan kita yang menjadi sumber untuk pembentukan darah daging kita yang akan mencorak kehidupan kita dan anak-anak dimasa hadapan.
Ana memberi sedikit tazkirah sebagai pesanan kepada hadirin untuk menjaga ibadat puasa kita dan menghadapi kehidupan harian kita terutama didalam bulan Ramadhan yang mulia lagi berkat ini terutama memelihara pancaindera kita agar juga sama-sama berpuasa semula kita tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Nabi hanya dapat lapar dan dahaga sahaja akhirnya. Satu lagi perkara yang kita boleh dapat daripada amalan berpuasa ini adalah taqwa yang menggambarkan baha kita akan berubah daripada tak baik kepada yang baik dan terus mengakui bahawa perjuangan yang perlu kita bawa lepas ini adalah perjuangan yang ditinggalkan oleh nabi iaitu Islam yang diwarisi kepada para ulamak yang menjadi pembimbing kita semua.
Moga puasa kita menjadi puasa yang akan membersihkan diri kita daripada segala dosa saperti kita baru dilahirkan dari perut ibu kita insyaallah.
No comments:
Post a Comment