Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, August 26, 2010

Iftar dengan staff pejabat perhubungan.




Semalam 26 Ogos, satu majlis berbuka pusa dan sumbangan duit raya kepada kakitangan pejabat perhubungan PAS di batu 9 telah diadakan khusus untuk mengucapkan tahniah serta terima kasih atas segala komitmen yang telah ditunjukkan oleh kakitangan pejabat sepanjang satu tahun lalu didalam melancarkan segala urusan dipejabat perhubungan yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kedah. Program ini merupakan acara tradisi yang bermula sejak Allahyarham Ust Suhaimi Hj Ahmad menjadi pengerusi lagi.Kani selaku pengerusi Lajnah Kebajikan, ana tetap meneruskan tradisi tersebut.

Seramai 22 staff pejabat telah diberi sedikit sumbangan untuk duit raya mereka dan juga diraikan dimajlis berbuka yang dibuat diperkarangan dewan pejabat perhubungan.
Terima kasih kepada saudara Rusdin yang telah menyediakan kambing masak merah.Moga semua dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi untuk masa depan agar PAS dapat terus memimpin Kedah dan Malaysia pula.Insyaallah.






No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.