Berita menarik pasal BERNAS dan pertani ni ana rasa dah hampir seringkali timbul setiap kali musim menuai padi berlaku di utara Semenanjong ni.
Dalam sesi perbahasan parlimen yang lepas, dah tak ingat tahun berapa, ana dah highlight perkara potongan padi yang tinggi oleh BERNAS ini yang akhirnya sudah pasti membebankan paktani kita yang mengusahakan sawah dengan bebanan kos yang semuanya meningkat sekarang ini.
Dari kos membajak, kos benih, kos menabur benih atau menanam kalau guna mesin atau tenaga manusia, kos membaja dan racun , termasuk harga racun dan baja serta kos menuai semuanya naik dengan mendadaknya dan bila dijual kepada BERNAS dipotong pula sampai 17 ke 30 kg setiap 100 Kg, padahal bila petani jual kepada kilang swasta hanya 17 kg potongan maksima sahaja dikenakan.
Banyak rungutan yang diterima dan andaian yang ana pernah buat didalam perbahasan adalah sebenarnya mereka hendak mengurangkan jumlah subsidi yang patut dibayar kepada petani oleh kerajaan, sebab itu mereka menambah potongan supaya apa yang tinggal untuk dibayar subsidi kepada petani sudah tentu akan berkurangan, ini akan menjimatkan wang kerajaan, itu andaian ana masa perbahasan itulah, rasanya Menteri tak beri respon apa-apa pun, selain hanya menafikan saja.
Andaian kedua yang boleh dibuat adalah tentu sekali hak monopoli untuk mengimport beras yang sudah tentu lebih menguntungkan syarikat tersebut. Jadi kalau potong lebih, petani tak hendak jual padi kepada BERNAS dan ini akan menyebabkan bekalan padi mereka kurang, tak boleh nak proses beras, maka lebih senang import sajalah, lagi mudah dan lagi baik.
Monday, August 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment