Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, August 24, 2010

Nasi beriani nasi minyak, lepas ni tak usak tanak.

Awas, dalam kesibukan kita menyediakan juadah berbuka puasa dan hari raya,maka sumber yang menjadi makanan kita kena pastikan ianya halal dari segi zat dan sifat, maknanya zat makanan itu mestilah yang halal dan sifat serta cara untuk mendapatkannya juga mestilah halal.
Tertrik membaca apa yang dujelaskan oleh CAPPulau Pinang ini, maka ana turunkan untuk menungan dan renungan bersama, kerana Nabi bersabda, setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram itu, maka api neraka lebih layak baginya, jadi apakah masalah yang menjerumuskan manusia kedalam negara yang berleluasa kini adalah berpunca daripada makanan yang tidak halal ini?
sama-samalah kita renugkan kerana kebanyakannya kini masalah yang berlaku adalah melibatkan anak-anak orang Islam dan Melayu!.
Jangan Guna Minyak Sapi Ghee QBB
Posted on Tuesday, August 24 @ 15:03:49 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh A. Karim
laporan dipetik dari Utusan

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.




Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang

menarik balik status halal minyak sapi itu kerana didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

“CAP telah berhubung dengan Jakim bagi mendapatkan kesahihan status halal minyak sapi itu sejak Julai lalu.


Kenyataan rasmi Halal Malaysia - JAKIM

“Jakim menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. (klik pada imej sebelah untuk baca)

Menurut beliau, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu (baca pada imej di atas).

“Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB,” katanya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.