Isu khutbah dan doa ini rasanya orang yang dituduh baca khutbah dan doa tu dah buat penjelasan bahawa dia mendoakan agar Allah berikan hidayah kepada KM ni , hidayah untuk terima islam , atau atau ana rasa agar dia terima sistem Islam dalam pentadbiran dia supaya berlaku adil, tidak rasuah, memberikan hak kepada yang berhak dan tidak melakukan penginayaan kepada rakyat , apalah salahnya, kerana sejarah dizaman Nabi pun pernah mendoakan agar dua Umar diberi hidayah oleh Allah , dimana ketika itu kedua-dua mereka merupakan musuh Islam yang paling kejam sekali, itu dizaman Nabi tu, dan dimakbulkan dengan salah seorangnya memeluk Islam, yakni Umar al khattab menerima hidayah dan memeluk Islam.
Memang ana setuju dengan setengah pihak yang mendakwa bahawa isu ini dibawa adalah untuk menutup kemarahan umat Islam kepada kata-kata celupar DS Chua Soi Lek yang berkata kemunduran kerana sistem Islam dinegara umat Islam .Semestinya ianya cuba dilindungi oleh geng mereka agar beliau tidak terus dikutuk oleh umat Islam. Kita juga hendak lihat apakah polis akan menjalankan siasatan kerana sudah banyak laporan polis yang telah dibuat terhadap beliau, apakah sama dengan cepatnya siasatan yang dilakukan keatas isu khutbah ini.
Apa pula reaksi rakyat kepada banner dibawah


Begitu juga gambar Raja yang ditabal oleh individu tertentu di negeri Kelantan beberapa tahun lalu, apakah mereka ini telah dikenakan tindakan.

No comments:
Post a Comment