Pasai pa la hampa tak pi mahkamah aduhai peguam ooi, tak sayang ke duit 11 juta tu, kena bagi kat peneroka, kami di FELDA ni bukan tipu, kami tulus dan ikhlas. Tapi heran juga, yang dok di NS baru-baru ni juga saman FELDA atas isu yang sama,,tipu peneroka pasal harga sawit yang dibeli, kali ni 770 orang pulak tu, khabarnya di Felda Raja Alias kot.
Ala macam cerita serigala dengan anggur masam la, tak dapat ambik, dia kata anggur masam, dah memang mahkamah dapati mereka ni salah, jatuh la hukuman, bukan pasai peguam pi ke tidak, tak menasabah alasan peguam tak tahu tarikh atau clash dengan kes lain, memang dah tahu kalah punya, pi pun memang akan kalah, buat habih boras kalau pi pun.
Kita ucapkan tahniah kepada para peneroka, teruskan perjuangan anda semua. Insyallah di Kedah, MB kata peneroka akan diberi hakmilik tanah kepada yang telah selesai buat bayaran kerana kita tidak mahu terus mereka ditipu oleh BN setiap kali tiba masa Pilihanraya, kumpul didewan dan janji nak beri hakmilik , tetapi lepas menang pilihanraya terus hilang isu itu, smpailah pilihanraya pula, janji pula, tak percaya tanyalah peneroka yang masih belum dapat hakmilik nu, saja depa nak jadikan umpan buat pancing undi, macam apa yang depa buat kepada sebangsa depa lah, dibiarkan miskin supaya bila tiba masa kempen, boleh hulur seratus dua, lepas untuk, dok macam tu sampai 53 tahun perintah, tanah makin hilang, miskin makin ramai, sampai nak mengaji pun kena hutang!!.
Jumaat, 2010 Ogos 27
TEWAS DI MAHKAMAH, APA ALASAN FELDA ?
Peguam gagal hadir punca Felda tewas
Ogos 26, 10
Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.
Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.
Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.
Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.
Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.
- Bernama
Thursday, August 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment