Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, May 28, 2008

26.5.08 ' licence to kill ' punya pasal

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kali ini
bahasa baik-baik sahaja. Timbalan Menteri, baru-baru ini kita mendengar Kementerian Kesihatan
telah melanjutkan tahun housemanship daripada setahun kepada dua tahun untuk meningkatkan
kemahiran doktor-doktor muda kita dalam bidang perubatan.
Soalan saya, apakah dengan peningkatan tahun housemanship ini kepada dua telah
menyebabkan perkhidmatan yang diberikan oleh doktor-doktor hasil daripada penambahan
housemanship ini bertambah dan adakah ini yang menyebabkan salah satu daripada punca
mereka ini tidak boleh cepat memasuki pasaran kedoktoran di dalam perkhidmatan kerajaan?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, sila menteri.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, point of order 24(3) tidak
ada katan dengan soalan asal tetapi sebab Yang Berhormat Pendang kawan saya, saya jawab.
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
DR.26.5.2008 23
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Kenapa kita tambah perkhidmatan doktor pelatih
daripada setahun kepada dua tahun mulai 1 Januari tahun ini adalah kerana kita melihat purata
sama ada graduan itu datang daripada universiti tempatan mahupun luar negeri ada dua faktor:
(i) mereka kekurangan skil dan keterampilan klinikal; dan
(ii) mereka juga kurang kemahiran dari sudut komunikasi.
Asas kepada perawatan pesakit adalah untuk mengetahui dan mempunyai kepakaran
untuk bertanya kepada pesakit, history taking. Mereka tidak kuat, dan kita harapkan dengan
bertambahnya dua tahun ini kita menambah kualiti. Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum
bahawa mereka, pegawai perubatan, doktor ini dia ada license to heal and license to kill.
Jadi, kita hendak pastikan mereka betul-betul trampil supaya kita semua sentiasa selamat
apabila menerima rawatan daripada mereka. Saya pasti, Malaysia bukan satu-satunya negara
yang menambah daripada setahun ke dua tahun. Banyak lagi negara-negara maju yang lain
seperti di India, Eropah yang menambah daripada setahun kepada dua tahun. Ini tidak
menandakan bahawa tahap keluaran universiti tempatan atau luaran tidak baik. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih menteri.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua, ada kenyataan yang
agak bahaya tadi.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua. Ya, kenyataan itu...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua, apabila mengatakan
bahawa doktor ini ada license to kill, ini perlu diperbetulkan kerana ia akan menimbulkan implikasi
yang cukup buruk pada masyarakat. ini bukan kali yang pertama statement itu dibuat dan pada
saya ianya mengancam profesion dan juga keselamatan rakyat. Saya minta ini diperbetulkan...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Bertentangan dengan ikrar, Hippocratic.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah faham.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Apabila seseorang itu bersedia untuk
menjadi doktor. Jadi, minta tarik balik dan juga minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih dua Ahli Yang Berhormat yang berdiri.
Terima kasih, terima kasih.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara] ...Ada license to kill. Semasa belajar perubatan tidak pernah tahu bahawa kami ada license
to kill...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Lo' Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, Menteri
Kesihatan saya tidak kenal sampai sekarang.
DR.26.5.2008 24
■1120
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya kasi peluang kepada menteri
yang berkenaan. Tentang license to kill itu dia bukan bermaksud, saya tidak rasalah dia
bermaksud bahawa...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Akan tetapi sudah diulang banyak kali.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat sila duduk Ahli Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Minta tarik baliklah. Jangan sebut lagi
license ini.
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat, sila duduk.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tidak apalah hendak mencari ini, benda ini
penting.
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ada dalam buku ini ada ini, 36(6)
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Minta tarik baliklah Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Saya menjawab dan menyatakan kenyataan
tersebut bukan bermakna bahawa doktor itu ada lesen untuk membunuh. Yang Berhormat sana
dia selalu bersifat negatif. Apa yang saya hendak utamakan adalah keselamatan pesakit sentiasa
menjadi prioriti untuk kita memastikan yang sistem penyampaian kesihatan daripada bandar ke
desa sentiasa mencapai standard yang bertaraf antarabangsa, itu sahaja niat saya, tetapi kalau
Yang Berhormat rasa dia ada lesen untuk membunuh itu tanggapan dialah.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ini lagi berat ni. Lagi berat...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini soal kecil Yang
Berhormat.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: 36(6)
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Minta tarik balik, tambah lagi kalau boleh minta
maaf pula lagi. Tarik balik. Yang negatif bukan kita, license to kill itu yang negatifnya bukan belah
sini negatif.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]:Tarik balik atau tunjuk lesen... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kepong, Ahli
Yang Berhormat...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat timbalan
menteri ini pun ada lesen untuk bunuh ini.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Mungkin boleh tahan bawah ISA ini.
DR.26.5.2008 25
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Macam mana dia boleh dilantik jadi Timbalan
Menteri Kesihatan Kalau dia ada lesen bunuh, ini bahaya.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat boleh duduk sekejap dulu. Apabila Ahli Yang
Berhormat berdiri begitu bermakna saya tidak boleh buat keputusan. Saya boleh biarkan Ahli Yang
Berhormat berdiri dan saya pun berdiam diri sahaja, tetapi mahukan penyelesaian. Duduk dulu
Yang Berhormat Kepong, boleh?
Menteri yang berkenaan telah memberi penjelasan bahawa dia tidak berniat seperti apa
yang Ahli-ahli Yang Berhormat fikirkan. Saya pun memerhatikan juga kali kedua dia sebut ini.
Kalau umpama tujuan dia itu adalah bahawa doktor itu juga mempunyai lesen untuk membunuh,
dia salahlah. Namun telah pun dia perjelaskan bahawa, dia tidak berniat sedemikian. Apa yang
saya dapat tahu daripada penjelasan itu ialah berkemungkinan ada juga doktor-doktor yang
kadang-kadang tidak bertanggungjawab, cuai dan sedemikiannya. Barangkali itu yang
dimaksudkan makanya saya tidak tegur Ahli Yang Berhormat untuk tarik balik.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Itu bukan license. Tuan Yang di-Pertua itu
bukan license.
Tuan Yang di-Pertua: Itu bukan satu kesalahan yang betul untuk kita rujuk Yang
Berhormat itu.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kecuaian, kesilapan memang ada dalam
perkhidmatan tetapi itu bukan license to kill.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat tolong duduk. Itu
mungkin istilah yang dia gunakan. Kadang-kadang Ahli Yang Berhormat pun menggunakan istilahistilah
yang tidak dibenarkan dalam Dewan ini.
Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Sama ‘ketiak’ tadi.
Tuan Yang di-Pertua: Jadi tidak apalah, perkara begitu janganlah dibuat besar-besarkan.
Sila Yang Berhormat Kepong, point of order atau pun apa. Yang Berhormat Kepong sila Yang
Berhormat Kepong
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu, saya mahu dengar Yang Berhormat Kepong. Yang
Berhormat Kepong lama sudah dalam Dewan ini. Sila Yang Berhormat Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Yang Berhormat Rompin sekarang ya. Tuan Yang di-
Pertua walaupun Yang Berhormat Mersing dia pusing sedikit mengenai maksud dia tapi dia
tersesat sedikit di dalam itu ucapan.
Tuan Yang di-Pertua: Penggunaan istilah-istilah.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya berharap lain kali jangan gunakan istilah seumpama
ini kerana akan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan doktor. Bukan sahaja di sebelah sini,
sebelah situ juga termasuk Yang Berhormat Rompin tapi Yang Berhormat Rompin bukan doktor
perubatan...
DR.26.5.2008 26
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kepong, terima kasih.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Saya berharap Yang Berhormat dapat..
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian sudahlah.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...Yang penting sekali, kita tarik baliklah untuk kesenangan
kesemua orang.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, cukuplah Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Kita sudah habis dua, tiga
minit pasal soal itu. Tuan ‘Salahhidun’ bin Haji Ayub. Salahuddin bin Haji Ayub, sila. Salah sebut
lagi, minta maaf Yang Berhormat... [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.
Kecuaian tidak boleh jadi license, inilah satu perkara yang sangat serius. Perkara boleh selesai
dengan senangnya. Yang Berhormat tarik balik, mengakui kesilapan tarik balik. Apa yang berlaku
perlulah menghadapi kenyataan. Ini tidak boleh dibenarkan. Kecuaian doktor tidak boleh dilihat
sebagai license to kill. Inilah membenarkan license. Dia patutlah gentlemen mengakui kesilapan,
tarik balik perkataan itu dan memohon maaf.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Ahli-ahli Yang
Berhormat senyap dulu. Ada dua pendapat dan nasihat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat veteran
dalam Dewan ini satu daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, satu daripada Yang Berhormat
Kepong. Yang Berhormat Kepong kata lain kali jangan gunakanlah. Ini Yang Berhormat Ipoh Barat
kata tarik baliklah. Jadi kalau saya punya ketetapan, lain kali jangan gunakanlah istilah-istilah
begitu. Saya ikut pendapat daripada Yang Berhormat Kepong, terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: 36(6)
Tuan Yang di-Pertua: Point of order.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: 36(6) point of order. Tuan Yang di-Pertua saya terpaksa
untuk membangkitkan isu ini kerana untuk penjelasan. Tadi saya dengar dengan jelas bahawa
Yang Berhormat Kepong menyatakan minta tarik balik. Tuan Yang di-Pertua, kita di sini bukan
James Bond, hanya James Bond dikatakan ada license to kill. Doktor itu bukan James Bond
mereka hanya untuk memberikan rawatan. Saya harap dengan ikhlas, saya harap tarik balik
perkataan istilah license to kill kerana ia memang tidak memenuhi apa-apa sumbangan yang
diberikan oleh pihak doktor. Saya minta kalau boleh, kerana ini betul-betul menjatuhkan maruah
semua doktor. Ini memang tidak patut, harap Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya boleh
menjalankan tugas dengan baik. Harap boleh tarik balik.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah
sikit. Kita ada pelajar-pelajar sekolah di sini. Mereka tidak faham apakah maksud di sebaliknya.
Mereka ingat memang doktor...
DR.26.5.2008 27
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Titiwangsa, saya sudah faham, apa yang
dimaksudkan Ahli Yang Berhormat. Pertikaian kita ini dalam penggunaan bahasa sahaja.
Sekarang saya yang mahu tanya kepada Ahli Yang Berhormat Mersing, adakah Yang Berhormat
waktu gunakan istilah license to kill mempunyai sangkaan jahat, jawab sahaja, “Yes”, or “No”.
Berdiri Yang Berhormat, saya mahu dengar
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tidak, tidak ada sangkaan jahat.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Permatang Pauh, sila.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya hendak mohon agar Yang Berhormat Timbalan Menteri, seorang doktor juga, saya
doktor...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat sila senyap dulu apabila seorang Ahli Yang
Berhormat sedang bercakap.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: ...Kita semua doktor telah
mengambil sumpah, Hippocratic oath. Menjaga dan menjamin nyawa, tidak ada license to kill.
Saya mohon ditarik balik kerana itu memberi satu kenyataan atau connotation bahawa, doktor
mempunyai satu license to kill, which is very wrong, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tadi sudah
saya buat keputusan, keputusan saya kata, saya ikut pendapat Yang Berhormat Kepong. Akan
tetapi pendapat Yang Berhormat Kepong juga telah dipantau oleh pendapat-pendapat lain di blok
yang sama. Jadi oleh kerana istilah ini tidak dibenarkan atau pun apa,...
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kepong boleh duduk dulu. Saya belum habis
Yang Berhormat Kepong, saya habis cakap dulu Yang Berhormat Kepong. Saya habis cakap dulu.
Yang Berhormat Mersing kalaulah umpamanya tidak keberatan dan betul-betul tidak
berniat begitu, bagi tahu sahaja lain kali tidak gunakan istilah seperti begitu yang disalah anggap
dan saya mahu semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga lain kali jangan gunakan perkataanperkataan
yang disalah anggap kerana apabila kamu gunakan sekarang ada sudah precedent
yang kamu create sendiri, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa saya. Saya
pula lagi yang tidak akan berkompromi. Sila Yang Berhormat kalau boleh tarik baliklah itu.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Sebelum saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua,
saya bercakap, it’s the figure of speech... [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat dia sedang bercakap sekarang. Yang
kita pertikaikan semua ini pasal peraturan tetapkan? Ikutlah apa itu peraturan tetap. Kalau kita
mahu tegakkan peraturan tetap kita orang sendiri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat mesti
berpegang kepada peraturan tetap. Kalau tidak macam mana kita bermesyuarat begini. Dia
sekarang kasi penjelasan, senyaplah. Sila.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap figure of
speech tadi. Saya kata license to heal dan juga license to kill, dua-dua saya bercakap. Maknanya
DR.26.5.2008 28
yang paling penting saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa doktor ada lesen untuk
membunuh, tapi pada waktu yang sama saya juga bercakap bahawa doktor juga ada lesen untuk
menyembuhkan, dua-dua.
■1130
Akan tetapi Yang Berhormat sebelah sana, banyak kaitkan mengenai perkara license to kill. Dia
tidak menyatakan license to heal…
Tuan Yang di-Pertua: Okey, minta. Cuba...
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Saya tidak bermaksud pun.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong senyap.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: This is figure of speech. Namun Yang
Berhormat sebelah sana dia berfikiran terlalu negatif dan menjadikan isu ini, isu...
Tuan Yang di-Pertua: Tak apa Yang Berhormat. Ini untuk membantu saya. Untuk
membantu saya, nanti dia akan duduk. Untuk membantu saya menjalankan tugas. Kalau yang ini
kita buat sebagai precedent, bahawa jangan ada perkataan-perkataan yang ditimbulkan, yang
akan menimbulkan nanti tafsiran yang dalam persepsi masing-masing berbeza, ini saya buat
sebagai satu precedent, saya tidak benarkan lagi Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan
perkataan-perkataan yang disalah anggap oleh orang lain. Saya mahu Ahli Yang Berhormat tarik
balik. Tolong.
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan
mengulangi perkataan tersebut tapi saya tidak tarik balik.... [Tepuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ini tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Takkan dia perintah tetap?
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri dulu tadi.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Apabila berdiri mesti point of order. Tidak ada penjelasan dalam
soal ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: 43.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau mahu bercakap point of order.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Point of Order 43.
Tuan Yang di-Pertua: Saya dengar Yang Berhormat Batu Gajah.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Sila. Apa point of order dia?
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: 43, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai sila duduk. Apa Kuala Terengganu
kah apa? Yang Berhormat Kuala Selangor sila.
DR.26.5.2008 29
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ya. Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 43,
“Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah
tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa
diendahkan, dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak
boleh diminta timbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali
dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu”.
Untuk perkara itu diminta keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua...
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ...Minta tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong senyap. Saya belum lagi buat
keputusan. Dengar apa yang saya cakap.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk, duduk.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk, duduk. Saya sudah faham. Duduk dari tadi saya
mendengar. Duduk. Saya sudah buat keputusan beberapa kali. Saya ikut nasihat daripada Yang
Berhormat Kepong, tapi saya tidak bangkitkan Peraturan Mesyuarat 43, kerana apabila saya
bangkitkan 43 itu, keputusan saya ialah tidak apalah. Beri jalanlah mesyuarat kerana itu perkara
remeh. Namun mahu juga diapi-apikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain.
Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri, Yang Berhormat Permatang Pauh berdiri, yang lain
berdiri. Sekarang Yang Berhormat pula beri kepada ingat saya 43. Saya tahu tugas saya. Cuma
Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja minta maaf, kadang-kadang lupa tugas. Saya tahu tugas saya.
Jadi itu makanya tadi apabila dia sebut dua kali, keputusan saya ialah tak apalah, lain kali jangan
buat lagi. Keputusan sudah dibuat, tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur berdiri, Yang Berhormat
Permatang Pauh berdiri, Ahli Yang Berhormat Titiwangsa berdiri dan yang lain pun berdiri. Cuma
saya tidak sebut bangkitkan 43.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Jadi kalau kita betul-betul mahu, nanti dulu Yang Berhormat Ipoh
Timur.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau kita betul-betul mahu menghormati permesyuaratan,
standing order, saya sudah buat keputusan pada 5 Mei, bahawa kalau kita mahu menghormati
peraturan tetap mesti kita semua berpegang teguh kepada apa maksud peraturan tetap, dan tadi
saya mengatakan bahawa Yang Berhormat tarik balik setelah saya buat keputusan. Saya
sekarang ini sudah mahu ikut arus kerana saya bertimbang rasa, kerana ini perbahasan.
Namun kalau saya ikut balik apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu
tadi, saya berbalik kepada mula-mula saya membuat keputusan iaitu tidak apalah, kerana itu
DR.26.5.2008 30
keputusan saya, kerana itu adalah satu istilah yang disalahtafsirkan. Saya sendiri apabila
mendengar itu, saya tidak tersinggung kerana bukan begitu maksud dia.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Kerana dia adalah seorang doktor. Dia juga seorang doktor. Bukan
orang, bukan doktor. Yang Berhormat Kuala Terengganu, kalau point of order beritahu saya point
of order yang ke berapa?
Beberapa Ahli: Kuala Selangor.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi point of order?
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Point of order.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kuala Selangor, Kuala Selangor Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Ipoh Timur
duduk dulu kerana saya belum selesai lagi dengan Yang Berhormat Kuala Terengganu, kerana itu
point of order kita.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Kuala Selangor, Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua: Mesti seorang-seorang. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan tetap kita ialah...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: ...Sebelum Tuan Yang di-Pertua dapat menyelesaikan satu point of
order, yang lain mesti duduk.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua sudah membuat keputusan
dan saya cukup iktiraf keputusan Tuan Yang di-Pertua. Daripada latar belakang saya sebagai
salah seorang pensyarah dalam bidang farmakologi saya boleh faham latar belakang yang
disebutkan oleh...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ..Timbalan menteri. Saya memberitahu kepada
pelajar-pelajar saya, 16 tahun saya mengajar di universiti, kalau anda hanya mendapat 50%
daripada kertas-kertas farmakologi, ubat-ubatan dan toksikologi, anda hanya punya peluang
mengubati, merawat satu daripada dua pesakit yang...
Tuan Yang di-Pertua: Apa kena-mengena dengan point of order?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ...Dengan kata lain, dengan kata lain seorang
pengamal perubatan...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, ini point of order
mana ini digunakan?
DR.26.5.2008 31
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat ...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Bagilah peluang Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Yang sekarang kita ini sedang bercerita fasal point of order.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi dengan...
Tuan Yang di-Pertua: Jadi yang saya layan Yang Berhormat semua mengenai dengan
point of order.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya, saya...
Tuan Yang di-Pertua: Mari kita bincang point of order. Sila.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya...
Tuan Yang di-Pertua: Ini ada kena-mengena dengan point of order?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya...
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Ini ceramah kah?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya memahami pandangan, saya memahami
teguran...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: [Menyampuk]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ..Kenyataan yang dibuat oleh timbalan menteri.
Cumanya dalam konteks pengamal perubatan, dalam konteks itu, kita minta bahawa what you say
is important, how you say make the difference, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi dengan kata lain ...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Dengan kata lain ...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat
Kuala Selangor. Terima kasih.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kita minta beliau tarik balik kerana itu adalah
bertentangan dengan semangat...
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah. Kalau boleh sudahlah. Saya minta kerjasama
semua Ahli Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tarik balik sahaja. Minta maaf.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai duduk dulu. Duduk dulu.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Saya mahu dengar Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua. Point of order supaya kita boleh
selesaikan perkara ini dan saya bangkitkan Point of Order 44(2), selepas 43 ialah 44(2) yang
berbunyi: “44(2). Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak
DR.26.5.2008 32
senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak
mengendahkan kuasa Pengerusi keluar....”
Di sini ialah, “...tidak mengendahkan kuasa Pengerusi keluar dari Majlis Mesyuarat bagi
tempoh tidak melebihi sepuluh hari dan ahli tersebut hendaklah dengan serta merta keluar dari
Majlis Mesyuarat”.
Itulah 44(2) dan selepas itu usul menamakan, kalau ini pun tak cukup 44(3).
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Di sini Tuan Yang di-Pertua ada membuat keputusan
terakhir. Terakhir, keputusan terakhir ialah Ahli Yang Berhormat daripada Mersing untuk menarik
balik dan dia sudah buat begitu, 44(2) patutlah digunakan.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat, itu bukan
usul untuk disokong... [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]:
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti dulu saya buat keputusan dulu.
Saya minta didengar dengan jelas. Peraturan Mesyuarat 43, 42, 44 ialah bidang kuasa Tuan Yang
di-Pertua. Semua ini saya hafal daripada atas, bawah, kiri, kanan dan semua.
Saya buat keputusan awal-awal tadi, apabila ditegur oleh dua, tiga orang Ahli Yang
Berhormat, saya buat keputusan. Saya kata, tidak apalah. Itu keputusan saya. Keputusan saya itu
cuma boleh dikaji balik apabila ada seorang yang buat Usul di bawah 43. Namun, apabila Ahli-ahli
Yang Berhormat berdiri dan itu tugas Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membantu Tuan Yang di-
Pertua untuk menjalankan mesyuarat supaya licin.
Ahli Yang Berhormat semua ada tanggungjawab. Bukan Tuan Yang di-Pertua sahaja.
Yang Berhormat Kepong memberi pendapat bahawa lain kali jangan gunakan istilah itu. Saya
bersetuju dengan Yang Berhormat Kepong. Saya setuju. Jadi apabila saya bersetuju, bermakna
itu keputusan saya. Namun ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri dua, tiga orang
termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi kalau saya ikut saya punya keputusan 43, saya akan
berbalik kepada keputusan saya yang pertama. Iaitu perkara itu saya anggap sebagai perkara
yang not out of order. Kerana tugas saya ialah di bawah 43, mesti mahu tengok bahawa point of
order atau peraturan mesyuarat itu semua diikuti. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ini
adalah mesyuarat Ahli-ahli Yang Berhormat. Tanggungjawab untuk kelicinan mesyuarat adalah
tanggungjawab semua Ahli-ahli Yang Berhormat, begitu.
Keputusan saya pertama, lain kali menteri tidak akan menggunakan lagi kerana dia tidak
berniat jahat. Bermakna kalau ada niat jahat, barang kali. Itu keputusan saya yang pertama. Sila
point of order.
DR.26.5.2008 33
■1140
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ikut perbincangan.
Sebenarnya saya tengok Tuan Yang di-Pertua dah betul buat keputusan, tetapi bila Yang
Berhormat Bagan bangkit 36(6), ini yang jadi kecoh. Saya dah baca 36(6) yang dibaca oleh Yang
Berhormat Bagan. “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas
sesiapa Ahli lain”
Jadi Yang Berhormat Mersing mana ada sangkaan jahat kepada sesiapa Ahli yang lain.
Jadi atas asas apa? Kalau perkara dibangkit pada 36(6), ini tidak tepat kerana sangkaan jahat
mesti kepada Ahli-ahli di dalam Dewan. Jadi kalau buat peraturan lain itu terpulang kepada Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima Yang Berhormat. Itulah makanya apabila tadi disebut istilah
itu perlu ditarik balik, saya tak berpendapat begitu. Itulah makanya saya kasi lalu saja.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat sudahlah. Sekarang ini pukul 10.40...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Point of Order 36(6). Saya sangat terasa...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai, kalau bukan Point of Order, sila
duduk.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Saya sangat terasa dan ini sangkaan buruk
kepada Ahli-ahli yang terdiri daripada doktor. Saya juga doktor perubatan. Jadi saya minta sangat
tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Jadi bermakna Ahli-ahli Yang Berhormat yang menerima sangkaan
jahat itu adakah Yang Berhormat bertugas dengan baik atau tidak? Itu saja saya mahu tahu.
Sangkaan atau statement itu bukan kepada Ahli yang ada sedang berbahas ataupun mendengar
perbahasan. Itu bermakna...
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Dalam bidang itu. Kita semua ahli dalam
bidang itu.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau ahli dalam bidang itu bermakna dia tidak menjurus kepada
Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk dulu. Duduk dulu Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sebenarnya bukan saja 36(6), semua Ahli-ahli
Parlimen yang merupakan doktor tapi pun 36(4) mengenai offensive language. Ini offensive
kepada medical profession, the entire medical profession. Adakah Dewan yang mulia ini tunggu
satu protes daripada medical profession oleh sebab mereka disifatkan sebagai “license to kill”. Ini
kemuliaan the owner dignity of Parliament. Sebenarnya Yang Berhormat Mersing sudah
melanggar hak keistimewaan beliau dan saya harap satu keputusan dibuat.
Kalau tidak saya mahu berdiri di bawah 26(1)(p) untuk merujuk Yang Berhormat kepada
Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana ini adalah offensive language kepada entire medical
DR.26.5.2008 34
profession dan menjatuhkan imej semua doktor di negara kita. Saya harap ini boleh diputuskan,
kalau tidak saya akan berdiri di bawah 26(1)(p).
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua telah membuat
keputusan tadi. Saya beberapa hari lalu dalam Dewan yang sama ini...
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai, ini Point of order atau apa?
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini Point of Order 43.
Tuan Yang di-Pertua: Lagi 43...
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Sama. Tuan Yang di-Pertua, saya dalam
Dewan ini telah diminta oleh Tuan Yang di-Pertua dalam beberapa hari lalu apabila seorang
menteri berhujah minta saya tarik balik walaupun perkataan “Kurang disiplin” itu digunakan oleh
menteri itu tetapi saya tarik balik kerana saya menghormati Dewan yang mulia ini dan juga Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tetapi sekarang, satu arahan, permintaan
telah dikeluarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Sehingga kini dia tak mahu tarik balik. Apa maksud
itu? Perlukah saya menghormati Dewan ini? Saya boleh tarik balik, kenapa tidak Timbalan Menteri
ini tarik balik?
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila duduk.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Perkara ini sudah menimbulkan kekecohan
kerana seorang timbalan menteri yang tak mahu tarik... masalah negara ini.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Point of order yang ditimbulkan tadi
oleh Yang Berhormat Ipoh Timur iaitu sekiranya perkataan begitu yang telah pun saya buat ruling
bahawa bagi saya perkara yang tak out or order tetapi ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang take
exception to this bahawa mereka tak mahu perkara ini dibiarkan begitu saja. Yang Berhormat Ipoh
Timur tadi menarik perhatian saya kepada satu point of order iaitu 26... Apa tadi Yang Berhormat
Ipoh Timur?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: 26(1)(p).
Tuan Yang di-Pertua: 26(1)(p) di mana mereka ini berhak untuk berdiri kalau ada 15
orang atau lebih untuk dirujuk Yang Berhormat kepada jawatankuasa. Jadi terpulang kepada Yang
Berhormat untuk memikirkan beberapa ketika sama ada perkara itu Yang Berhormat tarik balik.
Pendapat saya, kalau tarik balik pun Yang Berhormat juga bukan ada niat seperti yang dibuat
tanggapan oleh Yang Berhormat yang lain. Tak salah kerana ini bukan soal umpamanya satu
pendirian asas yang perlu dipertahankan sehingga satu kejadian yang tidak dikehendaki saya
menggunakan kuasa di bawah 44 dan sedemikiannya ataupun peraturan tetap tadi. Kalau boleh
saya minta Yang Berhormat tarik balik, cuma dua perkataan saja.
DR.26.5.2008 35
Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Yang Berhormat, saya tak minta maaf kerana
statement tersebut tetapi saya tarik balik... [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam soal ini tak ada
yang menang, tak ada yang kalah. Saya ambil ini sebagai satu iktibar di mana siapa saja Ahli Yang
Berhormat yang mengeluarkan cakap yang tidak elok ataupun unparliamentary, saya tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan. Sekarang masa sudah 11.45 pagi, sesi soal jawab telah
terganggu begitu lama iaitu 15 minit dan ia telah berakhir. Sila Setiausaha jalankan Mesyuarat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.