Ana petik dari Malaysiakini berhubung dengan kemelut yang menimpa politik negara mutakhir ini dan hilangnya 2/3 majoriti BN memerintah negara kita.
Perdana Menteri boleh cuba gagalkan apa juga usaha Pakatan Rakyat untuk ambil alih pentadbiran kerajaan pusat dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya kerusi Parlimen yang baru. Keputusan muktamad sebenarnya ada di tangan Agong, untuk bersetuju. Jika tidak Perdana Menteri mesti berhenti dulu.
UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya sedang bersedia mengadakan satu pilihan raya Kerusi Parlimen secara mengejut seandainya tidak kurang daripada 30 Wakil Rakyat Barisan Nasional yang menjadi ahli dewan Parlimen melompat parti dan menjadi anggota Pakatan Rakyat -- kerana ini akan menyebabkan gagasan pemerintah kehilangan majoriti mudah di Parlimen. Bolehkah mereka lakukan perkara ini? Eloklah kita lihat apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam hal ini.
Apabila kurang sekurang-kurangnya 30 anggota BN di Parlimen melompat masuk Pakatan Rakyat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akan kehilangan majoriti di Parlimen. Seandainya ini terjadi, Artikel 43 (4) dalam Perlembagaan menyatakan:
Apabila Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan Perwakilan, dan kecuali dengan permintaan Yang DiPertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen, Perdana Menteri terpaksalah mengemukakan pembubaran Kabinetnya.
Ini bermakna:
1. Apabila Perdana Menteri tidak lagi menguasai suara majoriti di Parlimen dia boleh memohon agar Agong membubarkan Parlimen
2. Seandainya Agong tidak bubarkan Parlimen, keseluruhan Kabinet mesti melepaskan jawatan.
Artikel 43(5) Perlembagaan berkata:
Mengikut: Klausa 43(4): Para menteri dan Perdana Menteri boleh memegang jawatan mengikut perkenan Yang DiPertuan Agong kecuali pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri akan tetapi mana-mana Menteri boleh melepaskan jawatannya.
INI BERMAKNA:
1. Perdana Menteri mesti melepaskan jawatannya;
2. Anggota Kabinet yang lain boleh terus pegang jawatannya tetapi dengan perkenan Agong;
3. Anggota Kabinet boleh dipecat atas nasihat Perdana Menteri
4. Mana-mana Menteri Kabinet boleh berundur, kalau mereka suka;
Artikel 40a(2)(a) dan 40a(2)(b) dalam Perlembagaan menyebut:
(a) pelantikan Perdana Menteri;
(b) menangguh keizinan untuk pembubaran Parlimen:
INI BERMAKNA:
1. Pelantikan Perdana Menteri adalah dengan ikhsan Agong;
2. Agong boleh enggan membubarkan Parlimen.
Artikel 55(2) dan 55(3) of the Constitution says:
55(2) The Yang DiPertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament.
55(3) Parliament unless sooner dissolved shall continue for five years from the date of its first meeting and shall then stand dissolved.
Ini bermakna:
1. Agong boleh bubarkan Parlimen ataupun benarkan ia terus wujud.
2. Seandainya Parlimen tidak dibubarkan bererti ia akan terus wujud untuk lima tahun dan selepas itu dibubarkan secara automatis.
Dengan kata lain, Perdana Menteri boleh cuba menggagalkan sebarang usaha oleh Pakatan Rakyat mengambil-alih kerajaan pusat dengan membubarkan Parlimen dan dengan mengizinkan pilihan raya umum secara mengejut. Akhirnya nanti, terserah kepada Agong untuk menyetujuinya. Kalau Agong tidak bersetuju bererti Perdana Menteri mesti berundur dan turut menyerahkan peletakan jawatan keseluruhan anggota Kabinetnya; tetapi terserah kalau Agong mahu menerima peletakan jawatan anggota Kabinet yang lain itu ataupun membenarkan terus meneruskan jawatan mereka, Ahli-ahli Kabinet itu boleh juga melepaskan jawatan secara beramai-ramai bersama Perdana Menteri seandainya mereka tidak bersetuju untuk terus berkhidmat.
Baru tadi ana dapat maklumat sulit dari AJK UMNO Bhg Pendang menyatakan 180 bhg UMNO sedang dalam proses mendesak Pak Lah meletakan jawatan sebagai Presiden dalam mesyuarat sulit mereka, dan seandainya tidak letak jawatan, mereka tidak akan mencalonkan Pak Lah lagi dalam perhimpunan Agong bulan Disember nanti.
Wallah hu aklam, ana tak nak komen apa-apa, entah betul entah tidak berita tu, itu kerja mereka. Memang kalau tak pernah kalah, bila kalah sekali baru tau langit ni tinggi ka rendah. Kalut tak tentu hala dan yang bawah kata orang atas salah, orang atas kata orang bawah tak dengar cakap, kita tengok lah apa yang akan terjadi. Doa orang-orang tertindas dan dizalimi telah banyak dirayu kepada Allah selama ni. Mungkin ini masa Allah nak tunjuk jawapanNya.
Allah Aklam.
No comments:
Post a Comment