29 May 2008. Pasal Kementerian luar
Ana rasa ini memerlukan satu komitment yang jitu daripada Pak Menteri yang baru ni, kita sedih melihat apa yang terjadi kepada Kemenlu kita, pegawai yang dihantar setakat ni tidak banyak dapat membantu rakyat marhaen yang teriniaya saperti saya sebut Sofiah Yusof tu, dan juga ramai yang lain yang tertipu ditangkap kera edar dadah.
3.30 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh. Saya ada tiga perkara sahaja yang saya
hendak minta penjelasan. Berhubung dengan pegawai-pegawai kita di luar negara in Yang
Berhormat Menteri Luar Negeri. Apabila kita pergi keluar negara, kita dapati pegawai-pegawai
yang ada di sana kebiasaannya dan kebanyakannya, majoritinya tidak pandai berbahasa
dengan bahasa di tempat tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ]
Saya ke Kazakhstan, Uzbekistan dan juga tan, tan, tan yang lainlah yang memerlukan
pegawai-pegawai ini memahami bahasa mereka kecuali Kelantan sahajalah. Kita terpaksa
menyewa jurubahasa dengan perbelanjaan yang tinggi. Sekurang-kurangnya mereka ada
yang boleh berbahasa dengan bahasa di negara tersebut, mungkin menyenangkan
perhubungan kita di sana.
Kemudian tentang atase agama seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling
tadi. Saya amat bersetuju kerana kita memerlukan pegawai-pegawai sebegini supaya kes
macam mana yang terjadi kepada pelajar pintar kita Sufiah Yusoff ini tidak berulang lagi
kepada pelajar-pelajar kita yang menuntut di negara luar. Kita bukan hanya memerlukan
pegawai-pegawai pendidikan yang berada di luar negara tapi pegawai di Kementerian Luar
Negeri juga perlu memantau mereka-mereka ini supaya mereka ini tidak kena dengan kejutan
budaya di negara-negara luar.
Akhir sekali tentang kenderaan. Saya rasa kalau kita hendak mempromosikan negara
kita, tidak salah kalau sekiranya kita menghantar sama kenderaan daripada negara kita.
Misalnya kereta yang paling top misalnya Proton Perdana. Kalau yang kita boleh eksport driver
sebelah kiri, kenapakah kita tidak boleh juga membekalkan kepada kedutaan kita dengan
kereta yang kita gunakan di sini dan juga kita bawa untuk mempromosi dan juga digunakan
oleh pegawai kita di luar negara. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment