Ahli Parlimen BN Pertikai Perlantikan Zaid sebagai Menteri
Kabinet sudah dibentuk, tapi masih ada lagi suara-suara tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen BN. Dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan (2007) 2008 pada sidang Dewan Rakyat semalam, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menilai semula pelantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Utusan Malaysia turut melaporkan bahawa;
Tajuddin menegaskan, tindakan Zaid yang menyerang secara terbuka di luar Dewan Rakyat terhadap ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penentang kerajaan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.Tambah beliau, tindakan Zaid itu yang turut menggesa BN serta UMNO mengambil tindakan terhadap penyokong-penyokong kerajaan merupakan perbuatan yang memalukan.
Nah! jelas terpampang di mata semua rakyat bahawa BN kini bukan sahaja menghadapi krisis ketidakpercayaan ahli, malah kalangan kepimpinan juga mulai bertelagah. Hak ahli dan kepimpinan BN untuk menegur kepimpinan yang lebih tinggi seolah-olah tiada.
Serangan terbuka Zaid terhadap pemimpin BN lain jelas melorongkan diri beliau dalam sindiket undi tidak percaya yang mungkin boleh membinasakan kelompok Abdullah jika dibiarkan berterusan.
Persidangan Dewan Rakyat yang sewajarnya membicarakan isu-isu rakyat, kini dijadikan medan untuk pra-mesyuarat agung Umno-BN. Jika inilah bentuk usul dan pemikiran pemimpin BN, nampaknya Wakil Rakyat BN tidak layak lagi duduk di situ atas kapasiti undi rakyat. Sewajarnya mereka memohon untuk duduk atas kapasiti undi perwakilan Umno sahaja.”
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment