Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Mohamed Hayati bin Othman.
Dr. Mohamed Hayati bin Othman [Pedang]: Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Iskandar Malaysia jangan digadaikan,
Batu Puteh terlepas ke Singapura,
Menteri Pengangkutan pohon jawapan,
Soalan saya nombor dua.
2. Dr. Mohamed Hayati bin Othman [Pedang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) jumlah perbelanjaan keseluruhan di dalam menaik taraf landasan KTM
kepada double tracking; dan
(b) jumlah penempatan/ rumah yang terpaksa dipindahkan di dalam
pembesaran landasan ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ini sudah pantun, esok hari nanti ada sajak, puisi. Sila Yang
Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Pendang:
DR.26.5.2008 5
(a) Jumlah perbelanjaan keseluruhan menaikkan taraf landasan KTMB
ataupun Kereta Api Tanah Melayu Berhad kepada double tracking adalah
seperti berikut:
(a) Projek Landasan Berkembar elektrik, Ipoh-Padang Besar,
RM12.48 bilion; dan
(b) Projek Landasan Berkembar elektrik, Seremban-Gemas,
RM3.45 bilion.
Jumlah keseluruhan kedua-dua projek ini Tuan Yang di-Pertua, RM16.35
bilion.
(b) Berdasarkan bancian semula pada Oktober 2007, jumlah setinggan
kediaman yang terlibat dan perlu ditempatkan semula bagi Projek
Landasan Berkembar elektrik Ipoh-Padang dan Projek Landasan
Berkembar elektrik Seremban-Gemas masing-masing adalah RM1,521;
Perak RM394; Pulau Pinang RM565; Kedah RM557; Perlis 5 bersamaan
dengan 86 keluarga; Negeri Sembilan RM57; Melaka RM27; dan Johor
RM2.
Sekian.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pedang.
Dr. Mohamed Hayati bin Othman [Pedang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan saya. Jikalau kita lihat double tracking dari Ipoh ke Rawang telah pun siap beberapa
tahun dan sekarang ini tidak ada pun set komuter yang menjalani double tracking tersebut. Ini
kerana didapati 50% daripada komuter berada dalam keadaan maintenance dan tidak ada alat
ganti untuk memperbaiki. Begitu juga double tracking Pelabuhan Tanjong Pelepas sudah tiga
tahun siap tetapi hanya satu tren kargo yang menggunakannya dalam satu hari.
Kemudiannya dari Seremban ke Gemas, dulunya diberi kepada ERCON dari India tetapi
ditangguhkan kemudian diberikan semula dengan syarat SCOMI mendapat RM1 bilion projek di
India.
Jadi saya hendak tahu, apakah peningkatan, dulu RM8 bilion sekarang naik sampai RM16
bilion ini disebabkan oleh ada projek timbal balas yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang
berada di bawah ‘ketiak’ Perdana Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua bagi soalan yang pertama itu
saya tidak perlu jawab, pasal itu tidak ada kena mengena dengan soalan asal.
Cuma tentang soal di bawah ‘ketiak’ Perdana Menteri ini. Saya ingin maklumkan kepada
Dewan yang mulia ini, kita bagi kepada ERCON sebab kita ada G to G perundingan. Iaitu di mana
pengusaha-pengusaha daripada negara kita mendapat kontrak untuk membina jalan raya di India.
Jadi ini adalah perundingan di antara kerajaan G to G, jadi tidak ada kena mengena dengan
‘ketiak’ Perdana Menteri dan sebagainya. Siapa yang boleh berusaha, sama ada dia anak
DR.26.5.2008 6
Perdana Menteri kah, anak pembangkang kah, kalau dia ada usaha untuk dapat kontrak di luar
negara, apa salah? Tidak ada salah! Itu penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, tidak manis guna
perkataan ‘ketiak’ Perdana Menteri. Kena tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Lain kali semua janganlah guna perkataan yang tidak elok
didengar, termasuk Batu Pahat juga. Terima kasih mengingatkan saya. Yang Berhormat Bukit
Bintang.
■1020
Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan, terdapat banyak kemalangan kereta api tergelincir dari landasan menyebabkan
kemalangan lintasan berlaku sepanjang tempoh lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu,
bagaimanakah cara KTM memantau laluan rel antara stesen agar ia selamat digunakan sepanjang
masa ini dan apakah punca utama kemalangan dan kelewatan tiba rel ini? Minta penjelasan dari
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Okey, daripada Yang Berhormat Bukit Bintang...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk dahulu, point
of order.
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: 36(6), jadi kita minta mungkin perkataan
yang begitu kesat, bertujuan jahat dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi ditarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapalah Yang Berhormat. Tadi pun...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Kita minta ruling, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau tidak, kita boleh cakap apa juga dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan, saya
dengar itu. Jadi, ini istilah bawah ‘ketiak’ ini, baru juga saya dengar. Ada orang...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Itulah Tuan Yang di-Pertua. Baru dengar
pun, tetapi kita, kalau begitu kita tak perlu..
Tuan Yang di-Pertua: Untuk kali ini saya ...
Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Dia BN kah, dia pembangkang kah, kalau
yang perkataan kesat, kita terpaksa. Tuan Yang di-Pertua, mesti..
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment