Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jelapang padi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jelapang
padi.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Nampaknya Tuan Speaker pun hendak
berbahas sekarang ini. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: 18 tahun
selalu tanya, Yang Berhormat. [Ketawa] Sekali-sekala kena tanya juga.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih menteri. Kita dapati
daripada laporan-laporan akhbar, MARDI telah mengadakan kajian berhubung dengan benih
padi ini. Satunya, disebut padi hibrid oleh menteri tadi dan satu lagi ialah padi aerobik. Bukan
sahaja senaman aerobik tetapi ada juga padi aerobik.
DR.15.5.2008 50
Jadi saya hendak tahu setakat ini, apakah kemajuan daripada pihak MARDI yang
dikendalikan oleh kementerian dalam menyediakan benih-benih padi aerobik ini kerana disebut
oleh MARDI, mereka telah menjalankan kajian ini sejak empat tahun yang lepas dan hasilnya
adalah memberangsangkan, boleh memberikan hasil lebih daripada 10 tan sehektar. Itu yang
pertama.
Yang keduanya tentang padi di Sarawak ini, saya telah pergi ke Sarawak dan mendapati
mereka menanam padi di tepi-tepi jalan. Apakah ini sesuai untuk kita bawa ke Semenanjung,
tanam di tepi-tepi lebuh raya untuk menambahkan hasil padi ini? Terima kasih menteri.
Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili: Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Mengenai MARDI, saya rasa elok ditujukan kepada rakan saya, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani yang akan nanti menggulung selepas saya ataupun seterusnya.
Peranan kami di MOSTI ialah dari segi bioteknologi dan penggunaan-penggunaan
teknologi terkini walaupun banyak kajian itu adalah dengan kerjasama pihak Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani. Misalnya Institut Agrobioteknologi Kebangsaan dilokasikan di
MOSTI secara fizikal. Pengawasan di bawah MOSTI tetapi dari fizikal mesti di MARDI. Jadi
kerjasama itu mesti berterusan. Dana untuk kajian daripada kita tetapi penyelidik masih di
MARDI. Jadi elok kalau macam padi aerobik ini dan seterusnya.
Memanglah padi bukit itu sudah lama, khususnya di IRI, International Rice Institute di
Manila tetapi penembusan dan penggunaan hibrid-hibrid tertentu belum meluas di Sabah dan di
Sarawak. Jadi saya rasa perlu ada perhatian dalam perkara ini.
Mengenai dengan tanaman padi di tepi jalan, saya rasa di Jelapang Padi pun di tepi jalan
juga semua termasuk di Sabah dan Sarawak tetapi barangkali yang dimaksudkan ini di situ
sahaja ada irrigation, ada air yang mencukupi ataupun dry land paddy memanglah...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Atas darat.
No comments:
Post a Comment