Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, December 31, 2009

Rakyat didahulukan !

Ana nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada kekawan yang telah sempat menyambutnya dengan aturcara mencanai minda di Sungai petani dengan hidangan halwa telinga melalui forum ehwal Islam dan lepas tu balik rumah dijamukan lagi dengan sembahyang Sunat Khusuf yakni gerhana bulan yang kebetulan datang diawal tahun baru ini, apakah petanda yang muncul dengan kemunculan gerhana bulan tersebut. Bahkan kepada sesiapa yang sempat melaksanakan amalan sunat muakkad yang amat dituntut ini, alhamdulillah dan diharap pada tahun baru ini sesuatu yang akan menjadikan Islam lebih diterima oleh rakyat baik didalam melaksanakan amalan wajib dan sunat, bahkan diharap dapat jjuga dilaksanakan syariat dan syiarnya yang maha agong itu.
Walau pun rakyat dikejutkan dengan bajet yang hampir tak dapat diluluskan, hanya menang dengan 3 undi sahaja, kahabarnya sahabat dair Sarawak juga ramai yang mengambil peluang untuk mensabotaj bajet ini, adajuga yang sengaja hendak menjadikan ini sebagai batu loncatan untuk DS Najib berfikir bahawa dia lah yang jadi PM, bukan RM yang jadi PM, walaupun tak dinafikan disebalik seorang suami itu, ada isteri yang sering membantu, bukan menjadi batu api, tetapi apakah dengan adanya PLKN, Permata negara dan dengar khabarnya akan ada pula fleet untuk bas kegunaan pelatih PLKN yang akan dibeli dengan ratusan ribu sebuah hasil desakan siapa kah ini, tak cukup dengan uniform dan sepatu untuk PLKN serta kem-kem latihan yang semua sudah tahu siapakah pemiliknya dan siapa yang mendapat labanya, bukan menjadi rahsia lagi sekarang ini.
Begitu jgalah apa yang terjadi kepada 2 enjin jet dan bahan sampinganya yang dikatakan melebihi 100 juga hilang bagaimana pun tak tahu, mungkin ada David Copperfield baru yang boleh mengecilkan enjin jet lalu dilesapkan keluar negara, khabarnya orang besar tak terlibat , semuanya kerja orang kecil-kecil saja, macamlah apa yang berlaku kepada kes Altantunya, yang kena juga orang kecil yang menjadi PTK dan Polis yang jaga orang besar, padahal motil mengapa dibunuh, tak boleh diketahui. Itulah nasib orang kecil-kecil dalam negara kita sekarang ini.
Begaimana nama Altantunya yang masuk dalam negara ini tetiba boleh hilang dari rekod Imigresen siapa pun tak tahu, kalau itu pun kerja orang kecil juga, apa lagi kita nak kata dengan keselamatan negara ini , tepuklah dada tanyalah askar dan polis kita, sampai Amerika pun persoal bagaimana enjin yang sebesar lori boleh hilang dikerjakan oleh orang kecil, tentulah yang sebesar kapal nanti akan hilang kalau dilakukan oleh orang besar pula.
Begitu juga dengan duit beratus juta boleh lesap keluar negara melalui money changer yang dilesapkan oleh orang besar , tetapi bila disuruh siasat, sampai hari ni senyap saja, macam lembu kenyang saja. Tuptup bila dikatakan lesap juga masa Dr M jadi Menteri Perdana, maka dikatakan juga zaman Pak Lah juga ada lesap 270 M juga, masa dia hanya 100 M saja, lepas ni dedah pula masa DS N pula, akan lesap berapa puluh juta pula tak tahu lah, biar sampai pokai negara, baru rakyat nak sedar dan masa tu barulah nak kata kalau dulu kita tukar kerajaan bagi orang lain perintah lebih baik.
Tahniah atas rakyat yang undi Barang Naik (BN ), kerana roti dan gula /AAAAAAAABis/XDKcvQmbDxE/s1600-h/gula.2.jpg">sudah naik lepas ni kena GST dan akan pula diikuti harga minyak dan banyak lagi yang akan kena rakyat dahulu, sebab satu Malaysia, rakyat didahulukan, depa atas nu tau apa, semuanya tak pernah depa beli dengan duit dari wallet sendiri, walau sekupang pun.
Harap denga kehadiran tahun baru Mesihi ini, rakyat akan lebih sedar dan buatlah satu azam bahawa orang lain boleh perintah dengan lebih baik daripada apa yang BN (barang naik) boleh buat selama ini, ingatlah Mlaysia kaya, tetapi kenapa rakyat masih miskin, kemana pergi duit yang negara hasilkan selama ini. Dulu masa dalam ucapan dalam parlimen ana pernah sentuh pasal subsidi roti ni, yang diberi subsidi hanya bahan roti asas, yang diperkaya tak subsidi, maka semua roti
ada dalam pasaran kebanyakannya adalah roti diperkaya, vitamin la, zat besi la, dan berbagai lagi, maka sampai kiamat pun rakyat tak dapat harga subsidi tu, maka memanjang la rakyat kena tipu.
Ana baru balik dari Sabah, tengok suasana disana dipekan nampak OK tetapi bila pergi jauh sikit ke arah Ranau atau Kundasang, nampak jelas ada ramai lagi yang memerlukan pertolongan dari yang memegang amanah mentadbir negara.
Selamat membuat perubahan, insyallah rakyat boleh buat.Untuk yang lebih baik.

Thursday, December 24, 2009

Sumbangan persekolahan 2010


Saperti yang berlaku saban tahun, setiap kali sekolah nak buka maka ramailah yang datang ke Pejabat apusat Khidmat kami untuk memohon sumbangan buat meringankan beban memasuki alam persekolahan baru yang akan menjelang beberapa hari lagi ini.
Bertempat di Gajah mati, Pejabat PAS Kawasan dan pusat pentadbiran serta Ahli Parlimen, berlangsung majlis menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dan ibubapa pelajar kurang berada dan anak yatim untuk persekolahan sesi 2010 ini pada jam 3 petang.

Seramai 60 kanak-kanak dipilih untuk menerima sumbangan pada kali ini, sumbangan ala kadar ini adalah untuk meringankan bebanan mereka didalam menghadapi alam persekolahan semula. Walaupun diketahui bahawa yuran persekolahan telah dihapuskan, namun bayaran tambahan lain saperti Asrama, PIBG, Perpustakaan , pasukan beruniform dan ko korikulum masih lagi perlu dibayar kepada pihak sekolah. Ini juga masih lagi menjadi bebanan kepada mereka yang kurang berada, oleh itu sumbangan petang tadi diharap dapat meringankan bebanan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ridzuan Osman dari RPS Pharmacy Sdn Berhad yang telah bersama memberi sumbangan kepada pelajar terbabit.

Wednesday, December 23, 2009

Resolusi IMPO di Bangkok


Hujung minggu selesai saja sidang parlimen yang membawa satu kekesalan yang amat sangat kepada kami dari Pakatan kerana gagal memusnahkan impian besar PM dan RM dalam mengendalikan kewajaran pemerintahan negara dengan hanya 3 undi, ana ditugaskan oleh AJK AFPPD Malaysia untuk mewakili negara kepersidangan Antara Bangsa di Kota Bangkok dari 18 hingga 21 Disember yang lalu.
Sempat bertemu dengan ramai ahli parlimen dari asia, Jepun, Asia Tengah dan Kepulauan Ciribean dan Amerika Latin mamberikan satu ruang kesempatan untuk mengetahui suasana politik mereka terutama didalam pengendalian hal-hal perubatan dan kesihatan.
Sidang 2 hari yang banyak menyentuh mengenai masalah kesihatan yang muncul terutama setelah berlaku perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang ini banyak menjejaskan manusia baik di Timur maupun di Barat.
Dibawah ini ana lampirkan resolusi menyeshuarat yang disepakati bersama untuk diedarkan kepada pihak terbabit agar dapat sama-sama menjadikan apa yang berlaku suatu iktibar untuk diambil jalan mengatasi apa yang boleh , walaupun didalam persidangan di Copenhagen gagal mencapai kata sepakat mengenai carbon credit dan perubatan iklim yang sama-sama dirasai oleh semua negara, masing-masing nak menyinsing lengan menegakkan hak negara masing-masing deni untuk survival dan ekonomi. Maknanya demi ekonomi, maka masalah pemcemaran dan gas rumah hijau letak nombor dua dan selepas itu sama-samalah kita hadapati apa yang berlaku dan boleh dilihat dinegara Barat hari ini, suasana salji melampau yang melanda mereka kerana kesan perubahan iklim yang puncanya adalah daripada kerakusan tangan manusia sendiri. Negara maju salahkan negara membangun dan membangun salahkan negara maju.

Diturunkan resolusi tersebut dalam bahasa Inggeris,

We medical parliamentarian from 17 counteries in Asia, Arfica, Central Asia, The American and Carribean and the Pacific , meeting in Bangkok on 19 -20 December 2009 under the auspices of the International Medical Parliamentarians Organization (IMPO), the Asian Forum of Parliamentarians on Population and developtmen (AFFPD) , United nation Fund For Populatioin Activities ( UNFPA) and the Japanese Government;
Recognizing the fact that our respective countries are facing an accelerated population growth and ageing as well as a triple burden of new and existing infections yhat may treaten social stability and cohesion , and unprecedented epidemic of noncommunicable diseases and widelyspread and avoidable injuries among our populations.
Further recognizing that the important health gains, achieved by the public health sectors in our respective countries over the last 20 years, are being eroded by the current financial and economic crises.
Concerned over the real and projected negative impact of climate change on the health status of our peoples.
Concious of a particular contribution that medical parliamentarians throughtout the world can and should make toward protecting and improving peoples’ health.
Confident that such a contribution can only be made in partnerships with national health services and international organization working in the public health area.
Dedicate ourselves to provide all possible support in the implementation of all health related issues of the International Conference on Population and Development ( ICPD) and Mellenium Development Goals ( MDGs).
Consider it important to keep the issues of maternal health , family planning, adollesence, reproductive health, HIV/ AIDS , harm reduction and trafficking on the national health agenda .
Call open our respective government to increase or at least sustain the level of public health funding that existed before the current financial and economic crises, failure to do so may result in negative long term consequences for public health , including all the above issues.
Call upon the International Medacal Parliamentarians’ Organization to intensify its collaboration with national parliaments, regional interparliamentary assembly and international organizations working in public health , in particular with WHO and UNFPA.
Call upon International Medical Parliamentarians’ Organization to develop a series of joint activities with UNFPA and WHO for parliamentarians with medical background, which would help them in their legislative work and which would include, but not be limited to the following :
• Orientation and awareness-raising over internationally recognized public health priorities;
• An electronic database , being developed by WHO, accessible for medical parliamentarians worldwide ( with comparative analysis of the existing national health legislation).
• A general annual or bi-annual meeting of medical parliamentarians under the auspices of IMPO , which would allow them to discuss global public health priorities as well as ways and means to translate these priorities into legislative initiatives.
Call upon the development aid agencies to provide financial assistance for the implementation of the above-mentioned activities among IMPO, UNFPA, and WHO.
Express special gratitude to the Government of Japan for it financial assistance provided so far for the activities of the International Medacal Parliamentarians’ Organization.

Tuesday, December 22, 2009

hilang dah 2 tahun !!

Benda dah hilang 2 tahun la ni baru sibuk nak siasat nak cari punca dan nak ambil tindakan siapa yang bertanggung jawab semua tu, ini semua berlaku setelah rakyat tahu dan terima kasih kepada internet yang tolong sampaikan berita, kalau nak harap akhbar perdana negara, sampai tergadai negara pun rakyat tak boleh dapat maklumat, kesian rakyat Malaysia. Itupun masih ada lagi orang yang belum mahu meletak jawatan. Itu belum kita semak lagi bagaimana akaun yang dilangsaikan didalam mengendalikan PLKN , kem PLKN, uniform PLKN dan cara mana PLKN dikendalikan, dengan jumlah pelatih yang telah didaftrkan dan yang masuk, selalu berbeza tetapi duit sudah sapu dulu, tapi bila yang masuk kurang dari yang didaftar, maka lebihan duit tu simpan sajalah.
Ana dengar pula berita ada pula PLKN ni nak beli bas untuk angkut budak-budak pesrta PLKN ni dari kawasan pengumpulan ke kem latihan, entah berapa juta pula nak dihabiskan tak tau la, dan siapa yang akan dapat habuan tu pun nanti la kita tunggu, khabarnya ada hubungkait dengan yang biasa tu lah. Hai habis lagi la duit rakyat punya RM, RM, dan RM......
Pemilik kem siapa, ada dato', ada Tan Sri, ada bekas orang besar polis la, dan berbagai lagi yang semuanya boleh melakukan apa juga nak sapu wang negara tetapi tidak ada siapa yang nak pertikai mkerana masing-masing 'you scratch my back, i scratch your back'tst selagi rakyat tak tahu, bila rakyat dah tahu baru kata nak siasat, bila siasat, polis hantar balik ke SPRM, SPRM hantar balik ke PDRM last-last yang hancai rakyat juga kena tanggung cukai dan bayar semua tuh. Kalu di Jepun belrita enjin jet yang sebesar lori pun boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan pula tuh, maka Menteri sudah pasti letak jawatan .
Dulu heboh pasal c4 hilang, peristiwa senjata hilang di Kem Sauk Gerik masih lagi terpahat dalam ingatan kita sehingga ada yang mati ditali gantung, ini semua menjadi ingatan kita yang pasti tak boleh dilupai.

Saturday, December 19, 2009

Konvensyen di Bangkok.

Konvensyen selama 2 hari di Kota Bangkok menemukan lebih kurang 50 orang Ahli Parlimen yang berkelulusan doktor perubatan bertujuan untuk membincangkan kesan perubahan cuaca kepada kesihatan manusia sejagat amat bertepatan dengan apa yang juga diperbahaskan diperingkat dunia di Copenhagen yang berakhir semalam.
Ada diantara peserta yang mendedahkan adanya kepulauan dinegara mereka yang telah lupus ditelan air laut dek kerana naiknya paras air sehingga Negara mereka menjadi kecil dan tiada lagi diatas air kerana kesan kenaikan paras air kerana panasnya bumi ini menyebabkan ais yang berada diartik dan antartika cair, semua ini keran kesan gas rumah hijau akibat daripada perbuatan tangan-tangan manusia sendiri.
Konvensyen anjuran Asian Forun of Parliamentarian on Population and Developtment (AFPPD) tajaan kerajaan Jepun dan United Nation ini diharap dapat memberikan input yang berguna untuk diimplimentasikan diperingkat Negara agar masalah kesihatan yang pasti sedang melanda dunia hari ini dapat diatasi kerana perubahan cuaca dan iklim ini akan mengenai semua orang, tidak terkecuali , ini merupakan antara bala daripada Allah akibat kerakusan tangan manusia itu sendiri.
Penyakit-penyakit saperti cholera, dengue, chikungunya, H1N1 dan H5N1 semuanya merupakan masalah yang terpaksa yang berterusan dihadapi oleh umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama, semua ini adalah sebagai amaran daripada yang maha pencipta diatas kerakusan tangan manusia memusnahkan ala mini sehingga factor penstabil suhu dan penapis kepada system suria yang menyebabkan ianya menjadi nipis dan terus terkesan kepada alam buana ini.
Dalam menghadapi suasana masalah yang dicari sendiri oleh manusia saperti HIV /AIDS dan penyakit yang seangkatan dengannya, maka sesuatu harus diberi perhatian agar ianya tidak berterusan menjadi bebanan kepada kewangan Negara , apa tidaknya kera Malaysia sendiri membelanjakan ratusan juta daripada bajet tahunan untuk menghadapi para penagih tegar kita yang sudah pasti menjadi penyumbang utama kepada peratusan HIV/AIDS ini sehingga program Harm Reduction yakni menukar jarum suntikan dan memberikan dadah metadon untuk mengurangkan ketagihan kepada dadah sebenar ( psychotropic saperti heroin dan morphine). Walaupun hukuman gantung dikenakan kepada mereka yang mengedar dadah ( melebihi 15 gm), tetapi masalah ini tidak juga selesai. Dimana silapny, sudah pasti kitab yang menjadi panduan manusia tidak diambil sebagai petunjuk didalam merangka strategi pelaksanaan undang-undang kita.
Apa yang menjadi masalah kepada golongan ini adalah mereka akan menjadi sumber jangkitan kepada isteri mereka didalam menyebarkan virus HIV ini dan seterusnya apabila mengandung, virus itu akan diturunkan kepada anak-anak mereka , dan nanti habis satu keluarga akan menjadi pesakit AIDS. Sebab itulah ujian screening untuk bakal pengantin memang satu keperluan agar nanti pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga akan mendapat satu keluarga yang bebas daripada bala AIDS ini. Ini semua kerana ada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wanita berkahwin menghidapi AIDS 5 kali ganda lebih berbanding dengan pekerja seks !! kenapa ini berlaku, sudah tentu pasangan merekalah yang menjadi dan membawa balik virus itu kerumah , oleh kerana isteri tidak tahu, maka langsung terkena. Bagi pekerja seks, mereka sudah arif dengan hal ini, sehinggakan di Thailand disberitahu bahawa ada kempen 100 % kondon pepada pekerja seks ini !!
Ingatlah, manusia dijadikan diatas muka bumi Allah ini dengan peraturan dan undang-undang yang sudah tersedia, kalau kita menyimpang dari peraturan tersebut, maka sudah pasti kebinasaanlah yang akan menimpa kita.

Banyak kemusnahan telah kelihatan menimpa kita kesan perubahan cuaca kini saperti banjir di Johor , tanah runtuh, kawasan rendah tenggelam, bertambahnya penyakit bawaaan vektor yang diakibatkan oleh nyamuk dan lalat serta berbagai lagi masalah yang perlu ditangani oleh semua agar kehidupan kita lebih selesa.

Ana bersama Dato' Dr Tikee Lafe mewakili Parlimen Malaysia.
Bila sebut Bangkok ni, semua tahu bahawa suasana sosial dan kegiatan seks menjadi sesuatu yang lumrah, mungkin itulah sebabnya ia dipilih sebagai tempat berseminar ini, dan apa yang dapat ana lihat kebetulan dimalam minggu, suasana hipuk pikuk bising dengan muda mudi yang berpeleseran ditengah kota Bangkok ini, memberikan satu kepastian bahawa inilah sebabnya maka segala apa yang Allah turunkan bala dan penyakit adalah berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Entah sampai pukul berapa pun ana tak pasti kerana pukul sepuluh malam saja ana sudah masuk bilik dan tarik kain selimut.

Friday, December 18, 2009

Kota Bangkok dimalam hari.

Malam ni dalam pukul 9.30 baru sampai ke Hotel Holiday Inn Bangkok. Flight delay lebih 1 jam kerana hujan lebat di KLIA. Hampir pukul 5 bari departure tadi, sampai di Lapangan terbang Suvarbabhumi dekat jam 7 waktu Malaysia tapi pukul 6 waktu Bangkok, tapi sudah masuk Maghrib.



Nak sampai ke Hotel Holiday Inn ni pula ambil masa dekat sejam, kerana jam yang agak teruk, itu pun teksi tu kata ikut jalan bawah, bukan highway atas angin sana.
Ana datang dengan Dato' Dr Tikee Lafee bekas Timbalan menteri Luar bandar yang kini jadi Pengerusi PLKN untuk satu seminar Inter Country Medical Parlimentarian Conference on Emerging Helath Issues anjuran AFPPD.

Konferen ini hanya melibatkan Ahli Parlimen dalam bidang perubatan sahaja, dulu sekali pernah dibuat di Kuala Lumpur pasal reproduktif 2-3 tahun lepas, ana hadiri juga, kali ni dibuat di Bangkk, Parlimen hantar mari, kita mari lah, dengar dan ambil maklumat, cuma Dr Tikee sahaja yang bentang kertas kerja mengenai kesan kesihatan kepada perubahan cuaca dunia masakini.

Harap sesuatu dapat diambil iktibar untuk faedah rakyat negara kita hasil dari seminar ini.
La ni pukul 10.30 Malaysia , baru 9.30 waktu Bangkok, tapi dah mengantuk yang amat, nak tidur dulu.Nanti malam esok lah kut kalu boleh pi tengok apa yang ada disekeliling hotel ni, boleh beli bawa balik apa barang pun yang sesuai.

Thursday, December 17, 2009

Kesian, kesian, letih nampak lepas turun takhta ni!

Sebagai seorang yang berjasa buat seketika menjadi orang nombor satu negara dan begitu gah dengan Islam Hadharinya, ana kadang kala rasa kesihan tengok bekas PM ni, nampak makin letih mutakhir ni kerana terpaksa berkejar datang keparlimen dalam waktu-waktu senja begini kerana ada satu kesilapan besar yang telah berlaku 3 hari lepas dimana 70 orang MP BN telah melakukan satu aib besar kepada Perdana Menteri dengan kemenangan hanya 3 undi bacaan kali ketiga bajet negara, bajet sulong Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.
Hanya 66 daripada 137 orang ahli yang hadir , bahkan ahli bebas yang nak masuk UMNO tapi tak jadi pun tak datang juga, ini semua bukan apa, nak tengok atau nak beritahu dunia bahawa mereka semua tu becadang atau berpakat atau bersekonkol untuk menjatuhkan suatu bebanan besar keatas PM sekarang ini, hendak memberitahu rakyat bahawa setakat itu sahajalah sokongan yang boleh diberikan kepada bajet PM ini, bahkan ianya merupakan bajet sulong yang tak sepatutnya berlaku.
Hari ini PM kata semua yang tak hadir kena beri alasan kenapa tak hadir, maknanya kenapa tak sokong bajet beliau. Dalam parlimen ini, ikut kata Speaker TS Pandikar Amin, kalau tak lulus bajet maknanya kerajaan yang ada kena adakan pilihanraya semula, mendapat mandat baru, tapi kalau di barat, dah kena letak jawatan tu, dan kalau di Jepun, nak masuk kubur tu, dah terjun bangunan, sebabitu yang tak hadir tu kena beri alasan.
Pasal tu pada petang kelmarin, hari last sidang parlimen kali ni, terkocok-kocoh bekas PM tu datang, elok sampai ketangga parlimen nak masuk dewan, speaker tangguh mesyuarat jam 5.20etang kerana dah habis urusan dan mungkin ramai yang nak balik tengok bola Malaysia lawan Vietnam, tahniah lah menang 1-0.
Beliau mendengar khabar akan ada undi belah bahagi, takut nanti kena jawab dekat PM semula kenapa tak hadir, jadi dekat dengan masa nak mengundi baru nak datang, padahal masa jadi PM dulu beliaulah yang lantang menyeru semua MP agar jangan abaikan sidang parlimen.
Tapi kalau kita lihat sekarang ni, kerusi lebih banyak kosong daripada penuh terutamanya belah Menteri atau Timbalan Menteri sana, bahkan apa persoalan yang kita kemukakan dalam perbahasan pun masih belum mendapat jawapan daripada Menteri, janji nak jawab bertulislah, nak kaji dululah dan nak dapat info dari pegawailah. Ambil satu contoh pasal yang ana sentuh mengenai perumahan guru di Tajar, Kubor Panjang dan Sumgai Tiang yang tidak diduduki kerana masalah meter air, meter letrik dan ketiadaan lift serta menjadi sarang maksiat, sampai sekarang Menteri janji nak jawab masih belum mendapat jawapan baik secara lisan ataupun tulisan. Itu timbalan Menteri pelajaran yang janji nak jawab tu, begitu juga dengan jemputan kepada wakil rakyat dari Pakatan yang tidak dibenarkan untuk menghadiri program disekolah kerajaan SM atau SK atas alasan tidak diberikan green light oleh PPD, ana nak dapatkan kepastian secara hitam putih dan nak bawa kemesyuarat tindakan daerah kalau ini menjadi dasar kementerian, tak berani pula nak jawab, padahal setiap kali nak adakan program, bertimbun surat minta sumbangan nak buat majlis itu dan ini, padak nak jemput kita duduk atas pentas pun takut kena tindakan.!!

Wednesday, December 16, 2009

Alahai Menteri kita ! nak tanya , soalan mesti yang senang!!

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin
bertanya tentang jawapan daripada Menteri, kita kemukakan masalah bertulis masih belum dapat jawapan.
Tuan Yang di-Pertua: Apa dia Yang Berhormat?
DR. 15.12.2009
29
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jawapan daripada Menteri, soalan
bertulis belum lagi dijawab, sesi sudah hendak habis Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Pelajaran, pelajaran dari dasarnya belum dapat
lagi, Kementerian Pelajaran.
Tuan Yang di-Pertua: Ya?
Seorang Ahli: Ada dua yang belum dijawab.
Tuan Yang di-Pertua: Ini peringatan kepada Menteri yang berkenaan supaya jawapanjawapan
itu disampaikan kepada Ahli Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin
mengingatkan supaya dalam sesi akan datang, semua jawapan dari soalan-soalan bertulis
hendaklah dijawab lebih awal, kerana kita sudah hantar soalan sebelum sesi persidangan
bermula, tetapi jawapan kita dapat hanya di akhir-akhir ini sehingga kita tidak boleh
menggunakan jawapan-jawapan bertulis itu sebagai panduan kita semasa kita hendak bertanya
ataupun berbahas. Jadi, saya ingat trend ini sudah lama sangat. Perlu diperbaiki lagilah.
1140
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Dan juga Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang
kita bangkitkan dalam perbahasan Jawatankuasa, sampai sekarang saya belum dapat jawapan
bertulis. Saya rasa Menteri-menteri ataupun Timbalan Menteri-timbalan menteri, mereka telah
berjanji untuk beri kita jawapan bertulis. Akan tetapi, sampai sekarang saya tidak dapat jawapan
itu.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Serdang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama sekali kepada Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang
duduk di belakang Menteri. Ambil ingatan kepada perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Yang
Berhormat daripada sebelah kiri dan juga sebagai ingatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
sebelah kiri.
Kalau mahu soalan itu dijawab dengan cepat, tanyalah soalan-soalan yang senangsenang.[Dewan riuh] Nanti dahulu, nanti dahulu Ahli Yang Berhormat, saya belum siap lagi Ahli
Yang Berhormat. Biasanya soalan-soalan yang mendalam perlu untuk dikaji selidik dahulu
sebelum dijawab. Maka, panjanglah masa yang diperlukan oleh Menteri. Jadi, mesti ada sikap
tolak ansur dalam soal ini. Sila Setiausaha.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Nampak Menteri pun tidak berapa cerdik.
Kena cari soalan-soalan yang senang sahaja.


Dalam suasana ketakutan datangnya gelombang kedua H1N1 dengan strain mutasi dan resistant kepada antiviral ni!, ana tanya Menteri, apa dia jawab.....

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh?
Ini kerana mutasi ini...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada strain yang telah mutasi.
Tuan Yang di-Pertua: Ya saya tahu Yang Berhormat.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Makmal kita sentiasa memantau mutasi...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...Strain yang konsisten kepada ubat
antivirus ini.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Strain antivirus. Buat masa ini di Malaysia, kita belum dapat
mengesan strain...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita dalam gelombang yang kedua
sekarang ini.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Memang, di luar negara memang ada strain yang mutasi...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kapal terbang bawa mari.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai: Belum sampai ke Malaysia. Kita tengah membuat
pemantauan yang rapi, terima kasih.

Tuesday, December 15, 2009

Apakah Pak Lah and the gangs juga boikot bajet Najib?.



Hanya 66 orang daripada 137 ahli Parlimen BN yang menyokong bajet DS Najib yang diluluskan oleh parlimen malam semalam setelah lebih sebulan kami berbahas didalam berbagai Kementerian diperingkat dasar dan jawatankuasa berbanding Pakatan 63 daripada 82 ahli. Kurang daripada separuh nampaknya memberi sokongan kepada PM Najib, dahlah kalah pada Mac 2008 dulu , tidak dapat majoriti 2/3, ini pula tak sampai 1/2 menyokong bajet beliau. Tak apalah alasan yang mungkin diberi adalah pada 2008 tu Pak Lah yang jadi PM, tetapi dengan sokongan tak sampai separuh ini apa pula alasan beliau nanti, bajet sulong pula tuh!. Apa yang ana rasa adalah ini merupakan sabotaj daripada ahli Parlimen BN terhadap kepimpinan DS Najib.

Bukan setakat ahli Parlimen biasa, bahkan bekas PM
dan bekas Ketua parti komponen pun tidak datang untuk mengundi bajet DS Najib ni, itu pun pada permulaan masa perbahasan akhir peringkat JK oleh Masjid Tanah DS Abu Seman, Tim Menteri Dalam Negeri menggulung perbahasan, speaker nampaknya semacam memberikan ruang yang lama untuk beliau menjawab untuk menunggu kehadiran PM dan TPM untuk datang kedewan, setelah masuk saja PM maka dengan tangkas beliau berkata saya akan beri jawapan yang tidak sempat dalam penggulungan ini dengan cara bertulis.Belum pernah ana dengar speaker berkata sebelum ini, jawablah menteri, lambat-lambat pun tak apa, biasanya speaker akan tanya menteri berapa lama lagi nak jawab, nak habiskan cepat cepat , bahkan biasa ana dapat berucap hanya 5 minit dan dua minit dalam perbahasan kerana mengejar masa, ini lain pula bunyinya yang ana dengar.

Maka sempatlah PM dan TPM datang untuk mengundi, kalau dibuat awal lagi maka sudah pasti ianya akan menemui kekalahan kerana ramai yang datang hanya lewat malam , pukul 10 lebih baru terkocoh-kocoh datang hanya untuk mengundi padahal pada masa kami berbahas, tak ada pulak ramai Menteri atau Timbalan yang datang mendengar apa yang kami bahaskan, lepas tu kata nak jawab secara bertulis, padahal bila hampir habis sidang pun, soalan yang kami kemukakan nampaknya belum lagi diberikan jawapan. Sampai sekarang hanya Menteri yang jaga MARA saja yang memberi jawapan secara bertulis, bahkan Menteri Pelajaran habuk pun tarak lagi. Masa menjawab kata nak beri secara bertulis.

Bekas Presiden MCA TS Ong Ka Ting tidak hadir, Ku Li pun tak mengundi ,bekas SU MCA DS Ong Ka Chuan pun tak nampak bahkan Dato' Saravanan dari MIC masa untuk belah bahagi peringkat kedua saja baru masuk dewan , sebab itulah masa undian untuk Kem Dalam Negeri hanya perbedaan satu undi saja untuk meluluskan bajet tersebut, tetapi bila sampai kepada undian untuk bacaan kali ketiga bajet sulung DS Najib, mereka menang dengan 66 daripada 137 ahli berbanding 63 undi dari pakatan berbanding 82 ahli.
Ana tak tahulah apa yang DS Nazri nak kata kat Pak Lah dan TS Ong Ka Ting serta Ku Li bila bertemu nanti kenapa boikot bajet Najib yang sulung ni, apa punca nya dan kenapa tak setuju hingga tak mahu hadir untuk mengundi bajet tu.
Dari keputusan yang diperolehi, nampaknya PM mesti lakukan sesuatu dalam pelaksanaan bajet 2010 beliau ini agar rakyat akan dapat faedah daripada pembentangan dan perbahasan oleh ahli serta manfaatkanlah kelulusan tipis ini untuk faedah rakyat dan janganlah gunakan kelulusan ini untuk menambah tembolok kroni dan menindas rakyat termasuklah menafikan royalti kepada kerajaan negeri Kelantan saperti juga apa yang dibikmati oleh Sabah dan Serawak.
Satu masej jelas dari rakyat dan bekas PM serta the gangs yang boikot bajet ini adalah agar PM melaksanakan tanggungjawab ini dengan telus dan tulus serta jawablah segala persoalan yang timbul mutakhir ini agar pelabur percaya dengan apa yang berlaku dalam negara dan jangan selindung daripada pengetahuan rakyat terbanyak, kerana ketelusan didalam pemerintahan pasti akan memberi kepercayaan kepada pelabur untuk masuk melaburkan wang mereka kedalam pasaran negara kita. Kalau setakat segala masalah 'sweep under the carpet' pasti tidak akan menjanakan pulangan daripada pelabur asing nanti.

Monday, December 14, 2009

Keputusan undi pada 11.30 malam.


Huh malam ni kami diarah tunggu sampai habis perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri yang jaga polis dan imigresen kerana kami nak dapat keputusan belah bahagi, tetapi agak kurang bernasib baik kerana kerajaan menang dengan 64 lawan 63, ada beberapa orang MP yang terpaksa meninggalkan dewan kerana urusan yang lebih penting dan komitmen yang tak dapat ditinggalkan serta ada yang masih berada diluar negara.

Sebenarnya banyak perkara yang kami tidak puas hati dengan Kementerian yang jaga polis ni kerana banyak keadaan yang berlaku dalam negara kita kutakhir ini baik dari segi indek jenayah mahupun keselamatan rakyat nampaknya tidak rasa selamat dan selesa.

Sebutlah apa saja dan dimana saja pasti masalah keselamatan rakyat masih jauh daripada apa yang diharapkan. baru-baru ini di Perlis misalnya, seorang remaja yang ditembak mati oleh Polis beberapa das sehingga menemui ajal atas alasan menyerang Polis , tetapi apabila mati ditemui beliau dalam keadaan bergari, mengikut laporan akhbar, bahkan polis memberi alasan beliau menyerang polis, lalu untuk menyelamatkan diri terpaksa menembak beliau, padahal apa yang kita selalu diberitahu kalau hal keganasan sebegini, polis boleh menembak kaki atau pinggang kebawah untuk melemahkan pergerakan beliau bukannya didada sebingga beliau mati tergolek.

Begitu juga halnya dengan semakin ramai mangsa yang mati didalam lokap polis dan juga kes ragut dan jenayah lain yang semakin hari semakin banyak, bunuh, rompak, ragut, bahkan kes tikam dengan keadaan suasana sadis sekali seringkali memenuhi dada akhbar, dan menteri yang bertanggng jawab dan keta polis yang ditambah kontrak inilah yang perlu dipertanggung jawabkan. Sebelum itu usul potong gaji Menteri sebanyak RM 100 juga tak mendapat kelulusan.

Malam ni sampai PM pun tunggu dalam dewan takut undi mereka kalah , tetapi ini akan menjadi satu pengajaran kepada Menteri jangan sering mengabaikan tanggungjawab keatas keselamatan rakyat, kalau nampak Ketus Polis yang tak menjalankan tgas dengan efisien t, usahlah lagi sambung kontrak dia, gantilah dengan yang lain. Kesian pula dengan timbalan yang menunggu lama nak rasa habuan sebagai ketua polis pulak.

Peristiwa malam ini yang berakhir pada jam 11.30 malam perlu menjadi pengajaran kepada BN supaya buat kerja baik-baik dan KPI bukan hanya sekadar atas kertas, tetapi perlu dilaksanakan agar rakyat dapat faedahnya.

Sunday, December 13, 2009

Jenuh ber TEKUN la hampa.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan, telah megutus surat menangis TEKUN kepada para peminjam yang liat dan gagal membayar hutanf tekun berjumlah dalam lingkungan RM 130 juta .

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut:

'Dengan rendah diri dan penuh hormat, saya merayu kepada saudara/saudari supaya dapat membayar balik tunggakan hutang tersebut kepada TEKUN Nasional.

Seperti mana saudara/saudari maklum bahawa bayaran balik pinjaman saudara/saudari itu akan diberikan pula kepada peminjam dan bakal-bakal usahawan Melayu/bumiputera lain yang memerlukan modal dan pertolongan daripada pihak TEKUN Nasional.

Sekiranya saudara/saudari berkemampuan dan boleh membayar balik pinjaman tersebut, maka sekali lagi saya merayu tolonglah bayar balik hutang tersebut.

Sebaliknya, jika saudara/saudari menghadapi kesulitan dan tidak mampu membayar ansuran tersebut, maka saudara/saudari boleh membayar jumlah yang termampu.

Di samping itu, sekiranya usaha niaga saudara/saudari tidak berjaya, tetapi masih mempunyai keazaman untuk memulihkan kembali dan meneruskan perniagaan, maka berhubunglah semula dengan pihak TEKUN Nasional, bagaimana kami boleh membantu lagi, mungkin dengan memberikan pinjaman tambahan atau menjadualkan semula balik supaya saudara/saudari dapat memulihkan dan meneruskan semula perniagaan ataupun menceburi bidang yang baru.

Segala perhatian dan kerjasama/ saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya mendoakan semoga saudara/saudari keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat dalam menjalankan urusan harian."

Pendekatan yang digunakan oleh TEKUN ini sangat berbeza dengan 'surat peguam' yang dihantar oleh pihak bank atau syarikat mikro kredit lain.

Surat 'menangis' TEKUN itu telah dihantar kepada 39,576 peminjam bagi menuntut RM130 juta hutang lapuk sejak Ogos lalu.

Daripada maklumat dan keluhan yang sering ana dapat daripada rakyat dibawah bahawa kalau nak memohon pinjaman TEKUN ini, salah satu cara yang pahit terpaksa ditempuhi adalah mendapat tandangan dan sokongan daripada JKKK pada ketika dulu dan disokong pula oleh Ketua bahagian UMNO. Tetapi bila ana pernah tanya dalam Parlimen Menteri dari Lenggong sebelum ni pernah jawab soalan ana, mana ada macam tu, tapi kalau tak percaya pergilah tanya sekelian rakyat yang gagal dapat pinjaman , apasal mereka gagal dan adakah tidak kena mendapat tandatangan daripada JKKK bahkan sokongan ketua bahagian.

Sebab apa ana kata macam tu, pejabat TEKUN Pendang sebelum ini ada di Pejabat UMNO Pendang, di Belakang Bank CIMB dan siapa nak ambil borang, sudah pasti kena pergi ke Pejabat UMNO, setelah beberapa kali ana komplain kepada Menteri ketika itu, barulah Pejabat TEKUN dipindahkan ke Bangunan MDP seberang jalan , tidaklah lagi berada didalam bangunan UMNO. Alasan yang diberikan adalah senang, tak kena sewa. Kalau kita lihat di Selayang pun, pejabat TEKUN berada didalam Komplek UMNO Darul Kifayah.Jadi susah nak kata mereka ni terpisah daripada unsur-unsur politik baik dalam memberi pinjaman atau membayar balik pinjaman.

Tu pasal agaknya yang dapat tu liat nak bayar, kerana mereka ni sebenarnya tak ramai yang sangat-sangat memerlukan duit untuk memulakan perusahaan kecilan, tetapi hanya menambah koleksi dalam akaun bank , lepas tu tak ada apa tindakan oleh TEKUN, maka itulah sebabnya jadi RM 130 juta tuh.

Nanti kita minta menteri jawab pula siapakah yang liat sangat nak bayar ni, dan siapa pula yang tukang jadi penyokong mereka semua tu, lepas ni kita minta pula kalau nak buat pinjaman, mesti perlu penjamin, kalau tak bayar penjamin kena tolong bayar, sebab seingat ana satu pun borang tak pernah minta sokongan dari ana walaupun ada kolum boleh disokong oleh Ahli Parlimen, maklumlah kita ni bukan dari BN, tak layak la nak sokong depa. baguih juga, nanti bila kena penjamin, tak lah teruk kita kena tolong bayar nanti, macam jamin anak nak masuk U tu. Anak tuang, penjamin kena tolong bayar hutang. Masa tu baru boleh tengok siapa yang ramai tuang tak nak bayar hutang TEKUN nih.

minyak oh minyak, sampai bila ?

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Itu kelohan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas dan perjanjian mencarigali minyak dan perjanjian dengan kerajaan negeri pada tahun 1974 dulu dimana Akta Perjanjian Minyak menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Petronas memberikan 5% wang tunai kepada kerajaan Negeri dimana minyak diperolehi dari perairan mereka dan tak disebut pun pasal 3 batu nautikal yang menjadi hujahan Menteri di JPM sekarang ini . Apa yang menjadi kemushkilan rakyat adalah dari mana datangnya istilah 3 batu nautikal dan wang ehsan tersebut.

Apa yang rakyat marhean semua tahu adalah, bila sebut saja ehsan, bermakna itu adalah ehsan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri bukan lagi menjadi hak negeri atau tanggungjawab pusat saperti dalam perjanjian untuk menyumbangkan hasil mahsul negeri kepada kerajaan negeri yang mana minyak diperolehi dari negeri tersebut.
Apakah tindakan pusat ini bertepatan dengan apa yang pernah ditandatangani pada 1974 atau ianya hanya satu penyelewengan fakta dan melanggari perjanjian yang sama-sama disepakati? Apakah gelaran yang patut kita berikan kepada mereka yang melanggari perjanjian, kalau ikut hadis Rasulullah jelas mereka ini golongan ........!

Sebab itulah kalau ujud golongan begini jelas menggambarkan bahawa mereka sengaja menzalimi rakyat yang berhak menerima hadis sumber negeri mereka untuk digunakan demi kemakmuran rakyat dan kalau peminggiran habuan ini dilakukan dengan sengaja, maka jela ianya adalah satu lezaliman, dan kita juga sering membaca pesanan daripada Rasullullah bahawa doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dengan Allah saperti mana doa pemimpin yang adil dan doa orang yang berpuasa.!

Oleh itu bangunlah rakyat sekelian memohon doa kepada Allah agar mereka ini diberi pengajaran oleh Allah tentang apa kesannya terhadap kezaliman yang mereka lakukan terhadap hak rakyat dan kezaliman yang mereka letakkan keatas bahu rakyat semua. Istilah kezaliman perlulah diketahui oleh semua dan bukan hanya kepada perbuatan membunuh atau mencederakan sahaja, tetapi kezaliman dalam Islam adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Kemana hasil Petronas selain dari membesarkan tembolok mereka yang dekat dengan pemerintah ? Lihat saja apa yang wujud di Putrajaya dan Menara Berkembar Petronas, berapa belanja hasil dari wang Sumpahan Minyak tersebut, kemana arah tuju rakyat marhaen dikampong dan petani miskin yang saban tahun ditimpa banjir dan tanaman musnah ditenggelami air banjir? Dimana wang Petronas kalaulah mereka ini ada hak untuk dibantu.

Nanti siapakah pula yang bakal menjadi kaya dengan wang ehsan tersebut, pasti yang nyata dan ternyata telah berlaku di Terengganu adalah mereka yang menghurungi JPP.

Saturday, December 12, 2009

Moga banyak bersabar Makcik Som !!


Ana harap makcik Som bersabar diatas musibah yang menimpa pada hari semalam , habis satu rumah yang diinap oleh beliau bersama 7 anak dan cucu beliau yang dijilat api, nasib baik juga tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ianya terjadi disiang hari , bahkan cucu beliau yang kecil juga dapat diselamatkan oleh jiran.


Menantu beliau yang kebetulan sedang berada di Perak kerana memandu trailer setelah diberitahu tentang berita kebakaran ini, terus membuat U turn berpatah balik kerana risau akan keselamatan anak dan isteri serta mertua beliau.


Ana bersimpati diatas musibah tersebut dan berharap beliau bersabar diatas ujian ini , buat masa ini beliau dibenarkan untuk tinggal dirumah pegawai Felda yang kosong.

Friday, December 11, 2009

Kenapalah banyak sangat tahyul dan seram ni!!

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan ada kod
kandungan. Jadi saya hendak tahu, kalau jawapan saya bertulis pun bolehlah mengenai ini kod.
Di antara mesej yang banyak dipaparkan di media elektronik terutamanya TV sekarang ini adalah
filem-filem yang bercorak hantu, tahyul, seram sehinggakan kadang-kadang kanak-kanak hendak
DR. 9.12.2009
3
tengok pun dia tutup dengan jari dan melihat melalui celah jari sahaja kerana menakutkan. Jadi,
apakah ini sebenarnya yang hendak didedahkan kepada kanak-kanak muda ini, anak-anak kita
ini tentang perkara khurafat, tahyul dan juga menyeramkan ini? Ini adalah kerana banyak
rancangan drama TV sekarang ini dari Indonesia atau dari Malaysia...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, saya
ingat sudah faham Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat...
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ...dan juga denda RM100,000 yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Berapa banyak kah syarikat yang telah
dikenakan denda tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Heng Seai Kei: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan.
Sebenarnya apabila dalam pemilihan program ataupun movie yang ditayangkan ataupun
disiarkan dalam televisyen selain daripada mematuhi nilai-nilai murni ataupun syarat-syarat yang
dikenakan, kita juga kena ambil kira tentang permintaan orang ramai khasnya penonton. Jadi
pada masa kini memang adalah menjadi trend ataupun aliran semasa bahawa movie seram ini
adalah menjadi jenis movie yang popular.
Jadi bagi menjawab soalan yang kedua yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat
tadi tentang berapakah kes yang telah pun didakwa dan dikenakan tindakan untuk makluman
Dewan yang mulia ini, sehingga sekarang iaitu kalau kita rujuk kepada statistik yang ada, iaitu
kandungan siaran yang telah melanggar peruntukan syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 242,
Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 1988 ialah untuk tahun 2005 hingga 2006 dari segi
kandungan siaran terdapat tiga kes yang telah dikenakan tindakan iaitu untuk stesen TV di mana
ia melibatkan denda sebanyak RM30,000. Untuk tahun 2007 bagi stesen TV, terdapat lima kes
dengan denda berjumlah RM195,000 dan untuk tahun 2008 ialah satu kes dengan denda
berjumlah RM50,000. Bagi tahun ini, setakat ini ialah satu kes dengan denda berjumlah
RM60,000. Bagi stesen yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan teknikal yang berkaitan
dengan laporan kualiti liputan siaran dan juga kegagalan melaporkan kewangan tahunan untuk
stesen radio ialah dua kes yang melibatkan denda sebanyak RM15,000 bagi tahun 2005 hingga
tahun 2006.
Bagi tahun 2007 pula, untuk stesen radio ialah lima kes dan jumlah denda ialah sejumlah
RM31,000 sementara bagi tahun 2008 ialah sebanyak empat kes dengan jumlah denda
RM30,000. Bagi tahun 2009 pula sehingga kini tiada kes yang telah pun didakwa. Sekian,
terima kasih.

Monday, December 7, 2009

GST -golongan sering tertekan

Memang sesuai tajuk tu ana bubuh dalam topik ini, kerana buat macam mana pun, yang akan tertekan dan kena tekan adalah yang berpendapatan sederhana dan rendah, yang besar dan lumayan sering tidak pernah mengeluh kerana apa mereka nak kisah, semuanya ditanggong beres, terutama yang jadi eksekutif dan pak menteri, bahkan kadang-kadang berapa kos pergi market pun mereka ini tak tahu kerana semuanya tanggong beres.

Semalam semasa ditanya oleh pemberita Harakah berhubung GST ini, ana kata ada baik dan ada tak bagusnya, kerana bagi negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi , memang ini bagus untuk semua rakyat tolong membangunkan negara dengan membayar cukai yang dikenakan ketas semua barang dan perkhidmatan yang hendak dilaksanakan saperti terdapat didalam ucapan bajet PM 2010 tersebut. Tetapi bagi negara kita yang masih terkial-kial dengan miskin dan miskin tegar dan mudah miskin ini, GST ini memang cukup membebankan. Kerajaan berkata dan menekankan beberapi kali bahawa ianya tidak membebankan rakyat kerana kononnya berangan keperluan asa tidak kena GST, tetapi selama ini pun apakah semua janji itu telah ditunaikan dan berjaya membendung kesusahan rakyat ini. Lihat saja masalah harga tepung dan gula, walaupun keperluan harian yang mendesak, tetapi setiap kali musim perayaan , maka rakyat marhaenlah yang tertekan dek kenaikan harga atau susah dan dapat bekalan kerana nak dinaikkan harga, kalau harga naik , berlambak barang itu dalam pasaran.

Sebelum GST dilaksanakan, kerajaan mendapat pendapatan melalui antaranya cukai yang dikenakan baik individu maupun korporat, masalah yang berlaku sekarang adalah kecekapan untuk megutip cukai ini yang menyebabkan hasilnya tidak saperti sepatutnya, maka revenue kerajaan dalam kategori ini berkurangan. Perlu dingat bahawa cukai pendapatan hanya mengenai golongan yang berpendapatan tertentu dan mengikut peratus tertentu sahaja, golongan kurang berada dan miskin tidak perlu membayar, bahkan mengikut Islam, golongan ini perlu dibantu melalui sedekah dan zakat atau sumbangan lain mengikut keperluan mereka.

Kita cuba bayangkan kalau GST sebanyak 4 % dikenakan keatas barangan dan perkhidmatan, maka ianya akan terkena kepada semua rakyat baiak kaya atau miskin, jutawan atau peminta sedekah, bahkan orang yang dapat 1 juta sebulan dan orang yang dapat satu ribu sebulan bahkan satu ratus sebulan pun akan terpaksa bayar 4 % cukai terhadap barangan dan perkhidmatan yang dia dapat. Kalau 4 % bagi orang kaya nak beli baju , maka 4% juga bagi orang miskin nak beli baju, walaupun mungkin orang kaya beli yang berharga 400 sehelai dan orang miskin beli 20 sehelai, maka jumlahnya tetap kena 4 %. Apakah ini wajar kalau memang kita hendak tolong rakyat, kononnya inilah rakyat didahulukan.

Memang kita tidak nafikan sekarang ini kecekapan mengutip hasil cukai ini tidak berkesan sampai ketahap maksimum, itulah sebabnya maka GST ini dilaksanakan, kita tidak membantah kalau rakyat semuanya berpendapatan tinggi, tetapi bagaimana dalam keadaan sekarang dimana yang kaya dan miskin terpaksa menolong kerajaan dalam tahap yang sama 4% padahal mereka tidak mendapat banyak kesenangan daripada rakyat , bahkan ada ynag mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan melalui JKM terpaksa membantu pula kerajaan dengan 4% cukai GST ini, padahal mereka yang bilionair juga hanya beri 4 % sahaja padahal mereka mendapat begitu banyak hasil pendapatan setiap bulan.

Harapan rakyat agar perkara ini perlu difikirkan semula dan dicari satu kaedah lain untuk mendapatkan hasil negara agar mereka yang sudah tertekan ini tidak lagi dijadikan golongan sering tertekan ( GST) dengan ura-ura GST kerajaan BN satu Malaysia ini.

Tak bangga ke kita orang Melayu jadi macam ni, kalah Eric Chia!!

Dipetik dari NST.

Battle over ex-top cop's RM47m estate
2009/12/04

V. Anbalagan

KUALA LUMPUR: A bitter legal tussle is brewing between a brother and the son of a former deputy inspector-general of police who left RM47.3 million in property on his death in September.

Jeffri Jaffar, son of Tan Sri Jaafar Abdul, obtained an interim order against Ahmad Dedol from the Syariah High Court in Muar on Nov 4 to freeze all movable and immovable properties of his father until a decision by the court.

He also obtained an injunction to prohibit Ahmad from transferring or disposing of the property.

Jeffri, 39, wants Ahmad’s bank accounts frozen besides banks and and also that of banks and financial institutions, including Lembaga Urusan Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Bursa Malaysia and enforcement agencies, to adhere to the syariah court order.

He also wants Islamic religious enforcement agencies, the police, the court and other relevant departments to help him enforce the order.

Jaffar, 77, died on Sept 1 at the Gleneagles Hospital after massive upper gastrointestinal bleeding.


He joined the police force in 1951, rosing rising to become the director of the Federal police Anti-Narcotics Department in 1982.

Within several months, Jaffar was promoted to chief police officer of Johor.
In 1984, he was made the Federal police director of management and the deputy inspector-general of police the following year until his retirement in May.

After his retirement, he became the chairman of Cosway Corporation Berhad, Dutaland Berhad (formerly known as Mycom Berhad) and Yinson Holdings Berhad.

He was also a director of Olympia Industries Berhad, Silverstone Corporation Berhad, Parkson Holdings Berhad (formerly known as Amalgamated Containers Berhad) and several other private limited companies.

Jaffar’s wife, died three years ago.

In late October, Ahmad, 70, obtained a letter of administration from the High Court in Muar to administer Jaffar’s property.

Ahmad was entrusted with identifying Jaffar’s properties, settle his debts and distribute the balance of the wealth according to Islamic religious law.

However, Jeffri went to the syariah court to file an action to stop Ahmad from performing the task.



The New Straits Times understands the syariah court has fixed Dec 7 to hear the dispute which could include Ahmad’s application to set aside the order obtained by Jeffri.

According to the list of property in the letter of ad ministration, Jaffar has 36 landed properties worth RM9.7 million in Johor and Malacca.



This includes three clusters of property in Muar worth RM7.1 million.

He left behind RM37.3 million in Tabung Haji, savings and fixed deposits in Amanah Saham Malaysia (ASM) and Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW), Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) and several commercial banks.

Among the larger amounts are RM3.8 million in Tabung Haji, RM6.5 million savings in ASW, RM1.3 million in Amanah Saham Didik, RM2 million fixed deposit in Bank Rakyat and three fixed deposits of RM1 million each in BSN.

Tu belum periksa lagi berapa ramai bekas Ex cop yang milion air macam ni, salah satu dan banyak lagi yang umum tahu adalah yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak yang boleh kita lihat nama mereka dalam internet. Lumayan la macam ni, tapi lepas tu anak cucu keluar masuk mahkamah berebut, apa hal kita dalam kubur nanti !
Wallah hu aklam.

Sunday, December 6, 2009

Bahas Kementerian Sains dan Innovasi

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat
Pendang.
5.43 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya hendak memulakan dengan 20200 -
Meteorologi. Daripada apa yang kita baca dari rumusan yang diulas di dalam internet, didapati
dalam 40-50 tahun akan datang lebih kurang 2000 kilometer kawasan di dalam negara kita ini
akan diliputi oleh air ataupun ditenggelami dengan banjir. Jadi, saya ingin bertanya kepada
Jabatan Meteorologi ini apakah ramalan yang mungkin boleh dibuat oleh Jabatan Meteorologi
ini? Setakat berapa tahun atau setakat berapa senggang masa yang boleh dibuat Jabatan
Meteorologi ini? Ini kerana kalau sekiranya ini benar berlaku, kawasan-kawasan manakah yang
kemungkinan akan ditenggelami air ini?
Berkenaan dengan gempa bumi yang berlaku di Negeri Sembilan pada 2-3 hari yang
lepas, apakah punca penyebab berlakunya gempa bumi ini? Walaupun ia kecil, tetapi ia juga
tidak menggembirakan rakyat. Ini kerana kemungkinan ini merupakan salah satu daripada
permulaan negara kita berada di dalam keadaan suasana gempa bumi yang mungkin akan
DR.2.12.2006 99
berlaku pada masa-masa yang akan datang. Saya harap Jabatan Meteorologi akan dapat
menenangkan rakyat dalam perkara ini.
Kemudian, 20100 - Jabatan Kimia. Saya ingin bertanya kepada kementerian, setakat
manakah hubungan Jabatan Kimia ini dengan pihak kesihatan di dalam mengendalikan bahanbahan
makanan, bahan-bahan yang beracun dan juga bahan-bahan yang ada di pasaran kita?
Ini kerana, ketika banjir di Pantai Timur baru-baru ini, kita dikejutkan wabak kolera yang berlaku
di negeri Terengganu dan puncanya dikatakan daripada keropok lekor yang mana ikannya
dibawa daripada Siam. Apakah ini dipantau oleh Jabatan Kimia bersama-sama dengan
Kementerian Kesihatan? Ini kerana bahan makanan ini dibawa masuk mempunyai kemungkinan
bahan-bahan kimia dan juga tercemar oleh bakteria.
Kalau sebelum ini kita telah didedahkan bahawasanya banyak ikan yang dibawa masuk
daripada Thailand dipreserved ataupun diletak di dalam formalin iaitu sejenis bahan kimia yang
digunakan untuk preserve mayat manusia. Jadi, saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh
kementerian ini.
Kemudian, 30300 - Agensi Angkasa Lepas. Sepertimana Yang Berhormat Pasir Mas
tadi, saya juga hendak bertanya apakah kita akan meneruskan walaupun dikatakan oleh
pemimpin sebelum ini kita mesti meneruskan Mejar Dr. Mohd Faiz ini menjadi angkasawan yang
kedua. Saya juga kesian tengok beliau ini kerana hendak menjadi angkasawan ini, beliau tidak
boleh kahwin Tuan Pengerusi. Jadi, kesian dekat dialah. Kalau benda ini terbantut, maknanya
sampai berapa lama?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Apa yang terbantut itu? [Ketawa]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kesian. Kesian dekat beliau. Jadi, saya
ingin bertanya semasa angkasawan pertama kita pergi ke ISIS hari itu, beliau bawa tiga bahan uji
kaji. Dua daripadanya sudah dihantar ke Jepun untuk analisa, satu dianalisis di negara kita. Sel
darah, sel bakteria dan juga berhubung dengan genetik. Apakah hasil-hasil kajian yang telah
dihantar ke Jepun tersebut dan juga yang dikaji di negara kita dapat memberi faedah kepada
rakyat? Apakah kalau sekiranya sel barah kita bawa ke angkasa, maka barah itu tidak akan
memudaratkan manusia, kita kena bawa pesakit barah ke angkasa? Apakah begini hasrat kita
menghantar angkasawan kita ke angkasa lepas pada hari itu?
Kemudian, 20400 - Jabatan Standard Malaysia. Di bawahnya ada SIRIM. Saya harap
kementerian perlu memberi perhatian kepada barangan-barangan elektrik yang dibawa masuk ke
negara kita, terutama dari negeri China yang berlambak-lambak, terutamanya di Jalan Pasar di
Pudu sana.
Kita tidak tahu setakat mana keselamatan barang-barang elektrik tersebut daripada
gadget yang kecil-kecil sampailah kepada benda yang besar-besar. Apakah ia telah melepasi
standard Jabatan Standard Malaysia dan juga SIRIM dalam negara kita ini? Kita tidak mahu
apabila sudah berlaku sesuatu kemalangan, barulah hendak menjalankan siasatan.
DR.2.12.2006 100
Begitu juga dengan basikal-basikal elektrik yang telah pun dibahas oleh Ahli Yang
Berhormat pagi tadi. Saya harap benda ini juga perlu diberi perhatian kerana ia sudah masuk ke
pasaran terlalu banyak berhubung dengan basikal elektrik yang digunakan oleh orang-orang tua
kita ini.
02900 - Bioteknologi. Semasa pimpinan Perdana Menteri yang lepas, beliau
menekankan tentang penubuhan satu kilang untuk membuat vaksin dalam industri bioteknologi
ini. Saya ingin bertanya, setakat manakah perkembangan untuk kita mengadakan vaksin ini? Ini
kerana kita memerlukan terlalu banyak bahan-bahan vaksin untuk merawat berbagai-bagai-bagai
penyakit pada hari ini, lebih-lebih lagi dalam isu wabak H1N1 yang berlaku sekarang ini.
Begitu juga dengan teknologi culture tissue untuk menghasilkan benih-benih bahanbahan
tanaman yang dapat digunakan oleh petani-petani kita. Apabila kita sebut tentang
bioteknologi, saya terbaca dalam internet di depan ini berhubung dengan kegunaan gas daripada
biomas yang digunakan oleh setengah penduduk di negara subtropik dan juga tropik untuk
dijadikan bahan tenaga. Dikatakan di sini bela 3 ekor lembu sudah boleh cukup untuk
memberikan gas metana dan menghasilkan tenaga cukup untuk 15-20 tahun. Maknanya kalau
lembu itu hidup 15-20 tahunlah. Kalau tujuh tahun, tujuh tahun sahajalah.
Seterusnya tentang peranan effective microorganism yang banyak digunakan ataupun
dipelopori oleh profesor dari negara Jepun dan telah digunakan di negeri Pulau Pinang untuk
membersihkan sungai. Apakah ini tidak menjadi pandangan daripada kementerian untuk kita
membersihkan sungai-sungai kita yang banyak tercemar pada hari ini?
1750
Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkaitan dengan effective organism ini yang kemungkinan
boleh digunakan untuk menghasilkan baja-baja daripada bahan sayur-sayuran dan buah-buahan
yang dibuang oleh suri-suri rumah kita. Kerana ia memberikan satu hasil yang agak lumayan
untuk membesarkan tumbuh-tumbuhan. Saya melihat dalam sebuah majalah 601 galakan sains
dan teknologi, apa yang saya sentuh dan dijawab oleh Timbalan Menteri pada hari itu tentang
gas hidrogen untuk menggerakkan kenderaan. Iklan di sini disebut hygiene water fuel. Guna air
sebagai bahan api daripada penghasilan hidrogen.
Tingkatkan kuasa enjin sehingga 40% dan jimatkan minyak sehingga 50%. Telah
dibuktikan di atas dyno. Agen dikehendaki, telefonnya tidak boleh cakaplah. Kerana perkara ini
boleh memberikan satu peluang yang positif kepada rakyat. Hidrogen ini telah pun digunakan di
negara Jerman, USA dan banyak negara maju yang lain. Apakah kementerian hendak
mengaktifkan lagi teknologi yang telah dihasilkan oleh Universiti Teknologi Malaysia berhubung
dengan penggunaan air untuk menjalankan kenderaan ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuesday, December 1, 2009

Nasib baik di negeri PR, alahai PDRM.


Ana nak ucapkan tahniah dan syabas kepada KPN kerana telah mempelajari apa yang telah dilakukan oleh polis dinegara maju dalam menghadapi keadaan rakyat berdemo dinegeri yang diperintah oleh pakatan rakyat, namun harap perkara ini dapat juga ditunjukkan dinegeri yang diperintah oleh BN.

Ini mungkin kerana kebanyakan ketua polis dinegeri pakatan ini telah mendapat didikan atau tarbiah daripada pimpinan pakatan hasil dari ilmu yang dipelajari lebih dari setahun dibawah pentadbiran yang dijalankan oleh MB dan KM pakatan ini.

Apa yang tergambar dan jelas terbukti bila pendemo yang membakar gambar YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang semasa sidang DUN berlangsung dan pendemo yang mengadakan demo di depan pejabat YAB MB Kelantan serta baru-baru ni pendemo yang engusung dan memijak kepala lembu didepan pejabat SUK Selangor, tidak disembur air asid, tak ditembak gas pemedih mata , dirotan dengan cota , ditendang dan dipijak serta ditangkap dan dihalau saperti yang dibuat oleh pendemo dinegeri yang dikendalikan oleh BN.

Lihat saja apa yang berlaku di Perak semasa sidang DUN bawah pokok dan lain-lain demo yang dibuat oleh ahli Pakatan baik PAS, DAP atau Keadilan Rakyat , pasti akan ada kepala mereah dan uniform biru dan lay man yang datang dan kenakan tindakan.

Ini hebatnya pemerintahan Pakatan, walaupun PDRM di bawah menteri pusat, tetapi ketua polis boleh bertindak profesional macam negara maju, hanya kawal pendemo nak meluahkan hasrat hati mereka kerana itulah sebenarnya yang patut berlaku tidak saperti dinegeri BN dimana setiap pendemo akan kena hujan asid, belantan dan cota, gas pemedih mata dan gari serta dikejar kehulu kegilir.

Tahniah KPN dan padanlah dapat kontrak setahun lagi. Tahniah juga menteri Hisham , harap dinegeri diperintah BN pun lepas ni kalau buat demo PDRM dan FRU boleh kawal macam ni juga lah. Biakan peluru gas pemedih mata dan air asid tu tersimpan baik didalam stor mereka, polis hanya datang dan kawal suasana.


Rasanya kalau macam ni, kan lebih baik semua negeri di Malaysia ni berada dibawah pakatan.
Tapi apa yang berlaku kalau dinegeri diperintah oleh Bn adalah saperti inilah.

Monday, November 30, 2009

Sumbangan untuk mangsa banjir.

Sumbangan kepada mangsa banjir oleh pusat bencana alam negara kedah mangsa banjir yang melanda negara disebelah utara dan pantai timor baru-baru ini yang disampaikan kepada Menteri Dato' Nazri Azri selaku pengerusi bencana alam negara oleh Pengerusi Amanah Raya Malaysia Datuk Hj Dusuki Ahmad di bangunan Parlimen. Kawasan yang menerima bantuan yang telah diberikan kepada mangsa di Padang terap, Pokok Sena, Marang, Tumpat dan Pendang.



Baru-baru ini menteri sendiri turun dan beri sumbangan kepada mangsa, tapi ana sebagai tuan rumah tak diberitahu pun, entah kemana sumbangan sampai ana pun tak tahu, harap mereka yang terlibat dengan banjir dapat merasalah habuan tersebut. Kalau mereka datang beritahu bila dan dimana dan kalau ana ada dikawasan bolehlah turun sama, sebab duit tu adalah sumbangan Amanah Raya, dari rakyat dan untuk rakyat juga.

Doa yang ditakuti oleh penganiaya yang hak!!








Anda boleh lihat dan nilai sendiri apa yang ada dalam doa ini dan buatlah keputusan sendiri. Dah heboh seluruh dunia sekarang ini pasal doa kerana pusat menafikan royalti minyak 5 % yang termaktub didalam perjanjian yang ditandatangani dalam tahun 1974.

Ku Li akan bersama memperjuangkan hal agihan hasil minyak ini yang ditandatangani semasa beliau mula merangka perjanjian tersebut bersama Tun Salleh Abas .Yang TS Muhyiddin sebuk nak halang tu buat apa, bak kata Ku Li beliau pun boleh buat pendirian sendiri dalam hal perjanjian hak agihan hasil minyak 5% ni.

Kita perlu ingat bahawa doa adalah senjata orang mukmin, dan doa orang yang dizalimi tidak hijap dihadapan Allah. Zalim maknanya tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya, kalau dah berjanji dan termaktub dalam perjanjian dan dilanggari perjanjian tyersebut, apakah tidak zalim namanya.

Saturday, November 28, 2009

Korban di Eidul Adha

Korban jiwa dan raga.
korban harta benda.
korban masa dan kesempatan.
korban diri dan keluarga.
korban apa saja hatta nyawa.
pengorbanan kemewahan demi untuk melihat Islam terdaulat.
itulah yang sering dikaitkan dengan korban dan pengorbanan manusia.
pengorbanan dan korban pertama dimuka bumi ini melalui qabil dan habil kepada Allah sehingga salah seorang dari mereka telah terkorban . Bahkan yang datang mengajar cara mengkebumikan jenazah adalah seekor burong yang bergaduh sehingga mati salah satu daripadanya.



Pengorbanan nabi Allah Ibrahim yang mempertaruhkan anak baginda Nabi Ismail alaihissalam sebagai menyambut suruhan dan perintah Allah diganti dengan seekor kibash yang besar untuk dikorbankan oleh Nabi Ibrahim diatas keikhlasan hati untuk menyembelih anak baginda tersebut.


Sejarah pengorbanan inilah yang sering menjadi contoh teladan setiap kali khutbah aidil adha dibacakan dihadapan makmum dan dilanjutkan pula dengan ibadah qurban selepas sunat eidil adha tersebut.

Namun sejauh mana ibadah itu dapat mencapai hasrat nurani jiwa manusia, hanya allah yang maha mengetahui dan ganjaran pahala disisi allah akan termaktub sebelum darah tumpah keatas tanah disaat penyembelihan dilakukan.

Keikhlasan lah yang menjadi penentu segalanya bukan berapa jumlah yang dikorbankan.
Pohon apa yang dikorbankan tahun ini diterima sebagai korban yang diterima oleh Allah taala. insyaallah.

Thursday, November 26, 2009

Kemana akhirnya SSPN.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri. Memang kita tahu skim simpanan ini adalah untuk pembelajaran anak-anak di
masa hadapan. Apa yang ingin saya kemukakan soalan tambahan adalah seandainya pasangan
ibu bapa itu menyimpan tetapi mereka ini tidak mempunyai anak ataupun tidak ada orang yang
hendak melanjutkan pendidikan ataupun anak dia meninggal ataupun tidak sempat untuk
mencapai usia masuk ke pusat pengajian tingi apakah wang sebanyak RM253 juta ini boleh
diturunkan kepada anak saudara kah, orang-orang lain yang berdekatan dengan si ibu dan bapa
ini? Keduanya tentang RM253 juta daripada manakah revenue selain daripada simpanan
daripada pendeposit? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chuan: Tuan Yang di-Pertua yang SSPN ini sebenarnya ialah satu konsep
simpanan yang mana kita galakkan supaya generasi yang akan datang dapat menikmati wang
itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat memanglah kalau ada berlaku seseorang anak itu
katakan meninggal dunia, wang itu boleh dipulang balik. Memang kita ada satu mekanisme yang
begitu baik. Sekian.

Kita kena pastikan bahawa setiap sen simpanan rakyat ini akan dapat diperolehi oleh rakyat juga akhirnya , rakyat tidak mahu bila masa nak simpan bukan main buat offer dan kata-kata manis, tetapi bila bencana berlaku, puas dituntut baru dapat.
Menteri tak jawab pula soalan berhubung dengan mewariskan kepada orang lain dan dari mana lagi revenau yang SSPN dapat selain simpanan peserta kerana kita rasa mesti ada wang dari dana rakyat yang termasuk dalam jumlah 253 juta tu, misalnya 1 kepada 2 atau 1/2 kepada satu yang disimpan. Ataukah hasil dari faedah simpanan tetap atau pelaburan didalam bank, kepada siapa akhirnya yang lebih tu pergi.

AIM dan wanita .

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri ada menyebut berhubung dengan AIM. Kita tahu
bahawasanya wanitalah merupakan golongan yang paling efektif membayar pinjaman daripada
AIM ini dan kementerian sedang mengumpul ataupun menyediakan pangkalan data untuk
mereka yang mengusahakan melalui AIM ini. Soalan yang ingin saya tanya kementerian adalah,
berapa ramai kah pengusaha-pengusaha yang sudah pun dilahirkan melalui pinjaman daripada
AIM setakat yang ada di kementerian. Terima kasih.
DR. 23.11.2009
7
Datin Paduka Chew Mei Fun: Oleh kerana AIM ini bukan di bawah kementerian tetapi
sekarang kita tengah bekerjasama dengan AIM dan seperti apa tadi saya sudah beritahu iaitu
sampai ke hari ini kalau ikut NKIA iaitu target yang kita telah tetapkan, sampai ke hari ini 711
usahawan wanita telah pun kita dapat dibangunkan. Sekian, terima kasih.



Memang yang ni tak dapat kita nafikan, banyak membantu terutama golongan wanita untuk mendapat pinjaman buat memulakan usaha perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga.
Biasanya dalam mesyuarat tindakan daerah setiap bulan pun, bila sampai kepada pinjaman AIM ni, maka 90 % daripada pinjaman itu dapat dibayar oleh mereka. Sistem yang diguna oakai oleh AIM adalah sahabat AIM dimana apabila salah seorang peminjam yang tidak dapat melunaskan pinjaman, maka sahabat yang lain kena tolong cari cara bagaimana ia yang berhutang itu dapat melunasi pinjaman beliau, dan mereka ini pula bayar kira minggu, setiap minggu kena buat bayaran tetapi dalam jumlah yang sedikti sahaja.
Apabila sudah selesai bayaran tahap ppertama, maka tahap kedua pula diberi , ianya akan meliputi pembiayaan kenderaan dan membaiki rumah dan lain-lain.
Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah Bank Grameen bermula apabila Dr. Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi.

Syabas kak dan makcik kita yang kuat berusaha, moga terus cemerlang.

Wednesday, November 25, 2009

Kementerian Luar Bandar peringkat jawatankuasa.

DR. 24.11.2009
69
3.49 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
hendak menyentuh tentang Butiran 090000 - MARA. Seperti mana yang disentuh oleh Yang
Berhormat Parit Sulong dan juga beberapa rakan tadi, saya ingin mengetahui daripada
kementerian kenapakah bantuan penajaan pelajar dalam negeri dan juga luar negara
dikurangkan daripada RM52,000 kepada RM25,000.
Saya juga ingin mengetahui pelajar-pelajar di IPTA atau IPTS yang mendapat penajaan
banyak daripada MARA ini, kerana apa yang saya ketahui daripada pelajar kita yang pergi keluar negara terutama di Jerman baru-baru ini. MARA telah kelewatan untuk memberikan wangpinjaman kepada mereka hampir dua bulan. Mereka terpaksa bersusah payah mencari wang untuk membayar yuran universiti dan juga sewa rumah. Saya berharap mendapat perhatian daripada pihak MARA.



Begitu juga dengan pelajar-pelajar MRSM. Sama dengan Parit Sulong tadi, 2008 kita ada
27,000 pelajar, tetapi 2010 hanya 9,599 walhal pelajar-pelajar kita yang mendapat 5A semakin bertambah ramai dan juga Maktab Rendah Sains MARA juga sedang dibangunkan di banyak negeri. Kenapakah jumlah ini hampir satu pertiga dikurangkan jumlah pelajar di Maktab Rendah Sains MARA ini? Kenapakah ini berlaku? Apakah ini menunjukkan bahawasanya pihak kementerian ini kurang mendapat peruntukan dari segi untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera di Maktab Rendah Sains MARA? Berapa peratuskah di Maktab Rendah Sains MARA ini pelajar-pelajar yang terdiri di kalangan bukan bumiputera? Ini kerana kita mendapat tahu bahawasanya sebelum ini kerajaan telah menambahkan kuota bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains MARA daripada 5% kepada 10%dan akan pergi sehingga 15%. Saya ingin tahu angka terakhir mutakhir ini berapa peratuskah pelajar-pelajar bukan bumiputera yang berada di Maktab Rendah Sains MARA?

Butiran 00611 – GIATMARA. Sebagaimana yang kita ketahui di antara salah satu kursus
yang diajar di GIATMARA adalah membaiki kenderaan ataupun motor mekanik. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian adakah pelajar-pelajar ini dilatih menggunakan jentera ataupun enjin yang up-to-date ataupun yang moden seperti mana fuel injection, menggunakan komputer didalam pengendalian kenderaan tersebut. Ini kerana banyak yang saya lihat enjin-enjin jenis lama misalnya Proton Saga jenis lama masih lagi digunakan. Sekiranya kita hendak pelajar-pelajar itu membuka bengkel, mestilah mereka ini diajar dengan teknik-teknik moden enjin masa kini.

Butiran 00670 - Pengangkutan. Kalau dahulu kita menggunakan kenderaan bas RIDA,
kemudian diubah kepada bas MARA dan sekarang ini MARA Liner. Saya ingin tahu daripada
pihak kementerian apakah dasar yang digunakan oleh kenderaan-kenderaan MARA ini untuk
memasuki kawasan-kawasan luar bandar? Di kawasan saya daripada Pekan Pendang pergi ke
Jenun dan Guar Chempedak kalau dahulu kita ada kenderaan MARA, tetapi sekarang sudah
tidak ada. Pelajar-pelajar di sekolah bantuan, sekolah model khas, Sekolah Menengah Teknik, Maktab Rendah Sains MARA sekarang ini tidak mempunyai kenderaan awam untuk mereka keluar (outing) setiap minggu ataupun untuk pelajar itu bergerak di antara satu tempat ke satu tempat kerana sudah tidak ada kenderaan bas MARA lagi.

Butiran 04000 - RISDA. Kalau di dalam kementerian komoditi, kita didedahkan dengan
tanaman getah balak. Saya ingin mendapat kepastian daripada RISDA, adakah RISDA
mempunyai hubung kait di dalam memberikan bantuan terhadap pekebun-pekebun kita yang
ingin menanam getah untuk mendapat balak daripada pohon getah ini dan adakah benih
disediakan untuk getah jenis balak ini?

Butiran 070000 - KEDA. Tadi disebut bahawasanya KEDA ini akan tamat perjanjiannya
dengan kerajaan negeri pada 2011 dan kita tahu bahawasanya 87% daripada kawasan negeri Kedah adalah dilingkungi oleh program KEDA ini. Apa yang ingin saya kemukakan adalah, ini mungkin kali ketiga saya kemukakan di dalam Parlimen ini, tetapi pada sesi yang lepas, Menteri telah menjawab akan dijawab dengan bertulis. Akan tetapi, sampai sekarang dari 2004 belum terima jawapan lagi. Saya berharap Menteri dapat memberi jawapan dengan tulus dan juga ikhlas. Ada 13 orang daripada penduduk telah dijemput untuk menjalankan kursus Induksi di Pusat Latihan KEDA di Sik, kemudian datang proses untuk menyerahkan rumah kepada mereka, tetapi tiba-tiba ada orang politik yang menghalang daripada mereka ini mendapat kunci rumah seramai 13 orang. Saya pasti pihak kementerian sudah menjalankan siasatan dan pada hari ini
diharap mendapat jawapanlah. Kalau tidak, maknanya kali keempat saya akan kemukakan untuk masa yang akan datang.
Seterusnya rumah-rumah KEDA ini. Saya berjumpa dengan pegawai KEDA. Mereka
mengatakan bahawa mereka menghadapi masalah kerana banyak rumah-rumah KEDA yang
kosong, terutama sekali kepada ibu-ibu tunggal yang telah diberikan rumah. Setelah mereka berkahwin dan dibawa pergi ke tempat lain oleh suami-suami baru mereka... [Disampuk][Ketawa] Suami mereka bawa ke tempat lain dan rumah itu tinggal kosong. Apabila tinggal kosong, pihak KEDA hendak beri kepada orang lain tidak boleh. Jadi, itu masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan KEDA. Saya harap pihak kementerian dapat memberi jawapan bagaimanakah caranya proses ini dapat diselesaikan kerana banyak rumah-rumah kosong yang terdapat di KEDA ini, tetapi tidak boleh diserahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan. Apabila sudah berkahwin baru, maknanya kelayakan untuk mendapat rumah KEDA itu sudah tidak ada.
Seterusnya, jalan kampung dan bekalan air di luar bandar, saya harap pihak kementerian tolong beri perhatian dengan lebih serius. Kalau Menteri yang lepas, bekas Menteri Besar Selangor dahulu dia mengatakan jalan-jalan kampung ini dia akan pastikan 30 kilometer daripada pekan-pekan akan diturap. Jadi, saya harap Menteri yang ada pada hari ini akan meneruskan 30 kilometer yang dijanjikan oleh Menteri yang lama itu.

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.