Ana petik petik dari blog penarik beca yang ada hubungkait dengan jawapan YAB TPM bagi pihak Kementerian Pertahanan semalam kerana ia agak relevan, kerana pada 29 Jun lalu, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh Utusan Malaysia memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah (lihat juga berita Malaysiakini 29/7/07 bertajuk "Najib seen with Altantuya"):
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.Hari ini akhbar yang sama melaporkan seperti berikut:
(Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa beliau tidak pernah kenal atau berjumpa dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada Oktober 2006.Timbalan Perdana Menteri berkata, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen.Saya juga mendengar Najib berkata beliau berdoa agar kes itu akan dibicarakan dengan adil sehingga kebenaran akhirnya terserlah. Sudah pasti, ibu bapa serta keluarga Altanyuta dan ramai yang lain termasuk rakyat Malaysia juga mengharapkan bakal Perdana Menteri yang bersih juga berdoa begitu.Persoalannya, siapa bercakap benar? Jika Najib bercakap benar, Burmaa berbohong di dalam mahkamah. Jika Burmaa bercakap benar, Najib pula yang berbohong di dalam Dewan Rakyat. Persoalan juga berbangkit, mengapa Najib enggan menunjukkan rekod perjalanannya untuk membuktikan beliau tidak bersalah?Mengenai pembelian Sukhoi dan Scorpene, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membangkitkan persoalan adakah keluarga Najib mendapat faedah dari perjanjian yang melibatkan pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK bernilai US$900 juta (RM3.2 bilion). Sudah hampir dua tahun persoalan itu dibangkitkan oleh Anwar.Lebih dari itu, hampir dua tahun juga Anwar mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar."Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan. Saya percaya dia (Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," tegas Anwar.Hari ini, Bernama melaporkan Najib berkata, pembelian Sukhoi dan Scorpene dibuat mengikut tatacara kontrak (lihat juga berita The Star di sini dan PR-Inside di sini). Jika benar ikut tatacara kontrak, Najib mesti menjawab tanpa sebarang keraguan soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dalam Dewan Rakyat tadi. Lebih kurang, Ibrahim bertanya, mengapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh berlaku rasuah dan penyelewengan dalam urus niaga tersebut?Saya tidak dengar dengan jelas jawapan Najib. Tetapi lebih kurang beliau menyifatkan tuduhan-tuduhan yang tidak henti-henti diulang-ulang selama kira-kira dua tahun itu hanya permainan politik semata-mata.Jawapan-jawapan Najib dalam kedua-dua isu yang hampir setiap hari menjerkah dan menghambat cita-cita dan impiannya itu jelas tidak mampu malah gagal sama sekali membersihkan dirinya dari segala syak-wasangka.Tidak ada sesiapa pun yang berhak menuduh Najib tidak bersih. Jika tidak ada bukti, jangan pandai-pandai menuduh Najib tidak bersih. Namun, pada masa yang sama, berapa kerat sangat yang berani berkata dengan tegas bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih?Oleh kerana rakyat Malaysia mahukan bakal Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih malah dilihat bersih, tolonglah yakinkan bahawa Najib bukan sahaja bersih malah dilihat bersih.

Cuma satu yang jadi kemushkilan ana adalah apabila beliau menyebut kontrak kepada Perimekar dalam kerja-kerja maintainence kapal selam, tetapi apa yang kita tahu , kapal selam tu masih lagi belum perlu dimaintainkan kerana kapal pun belum sampai lagi, tapi RM 450 juta dah pun diberikan. Jadi bila TPM jawab tidak ada rasuah dan penyelewengan dalam pemberian duit ni, cuma cara yang dibuat oleh kementerian ini menimbulkan banyak keraguan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment