Ribut Nargis di Myanmar dan Gempa bumi di Sichuan China , bencana baru yang menimpa dunia sebelah sini harus dipandang sebagai suatu yang serius. Tokoh-tokoh agama telah memberi peringatan bahawa usia dunia ini sudah semakin tua dan hampir dengan waktu kiamat. Ribuan nyawa yang terkorban dan ribuan juga manusia yang hilang, masih belum ditemui. Kini sudah hampir seminggu bencana terjadi tetapi bagi Myanmar, masih lagi belum mahu memberikan visa kepada rombongan YAM dari Malaysia untuk sampai kesana memberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan. Ini semua adalah kerana junta tentera yang memerintah Myanmar enggan menerima bantuan luar, takut mereka hilang kuasa bila rakyat bangun melawan. Walau bagaimanapun, sebagai warga yang prihatin dan hamba Allah yang taat, walau pun mereka tidak memberikan visa, pihak kita sudah bersedia dengan dana dan bantuan untuk kesana.
Baru-baru ini Presiden PAS telah mengadakan sidang akhbar dan melancarkan derma untuk Tabung Bencara Taufan Nargis Myanmar dan Gempa bumi di China di loby parlimen dan beliau menyeru agar rakyat menghulurkan sumbangan termampu untuk kita bantu mereka yang terkena bencana. Mana tau hari ni hari mereka, mungkin besok hari kita pula, macam tsunami 2004 dulu.
No comments:
Post a Comment