Adakah kedaulatan Melayu terhakis sekarang in, itu persoalan yang ditimbulkan oleh banyak pihak sekarang ini setelah 50 tahun merdeka dan setelah UMNO gagal mempertahankan status quo mereka didalam parlimen selepas PRU 12 lalu. Kalau sebelum ini tidak pernah terlintas dihati kita untuk menelusuri istilah dan ungkapan ini, tetapi kini itulah yang menjadi mainan dibibir ahli politik dan pengkaji sosial dalam universiti dan masyarakat serta cendiakawan Melayu. Kalau selama ini soal hak dan kemampuan Melayu yang bukan UMNOputera sering di abaikan, hanya kroni yang mendapat habuan, soal bahasa Melayu yang dipinggirkan hatta saya pernah berkata dalam Parlimen majlis orang Melayu dalam Malaysia pun pemimpin besar negara bercakap bahasa Inggeris tidak bahasa Melayu, soal tulisan jawi yang terlupus dizaman UMNO menjadi menteri Pelajaran sehingga anak-anak tak kenal jawi dan tak pandai baca Al quran dan hadis nabi saw, dan soal hak milik tanah Rezab Melayu yang kian terhakis sedikit demi sedikit dalam zaman UMNO menjadi Menteri Besar dan soal kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera yang tertinggi dan percapital income yang terendah juga dikalangan Melayu dan bumiputera, tak ada orang kisah pun, tetapi setelah mereka kalah teruk hasil daripada persempadanan semula oleh SPR selepas PRU 10, maka setelah seluruh kaum India dan Cina tidak lagi mahukan mereka, maka baru kini soal ketuanan dan kedaulatan Melayu mula dimainkan, setelah berita kedengaran dari Sabah dan Sarawak yang akan meloncat ke parti lain dan keluar dari BN, baru soal hak dan kedaulatan Melayu dimainkan. Inilah agenda politik murahan UMNO , bila survival mereka tergugat, maka barulah mereka akan mencari kambing hitam untuk disembelih dan dijadikan umpan korban. Setelah hampir tenggelam, barulah nak dicari ranting dan kayu mana yang nak berpaut.
Ana tertarik dengan ulasan pasal ketuanan Melayu oleh Prof Agus Mohd Yusof dalam satu bentangan kertas kerja di Johor baru-baru ni. Kata beliau sebenarnya ketuanan Melayu tidak luntur, cuma hanya berlaku perubahan daripada UMNO kepada parti lain. Orang-orang Melayu sebenarnya memberikan undi protes kepada UMNO dinegeri yang tradisinya dimenangi UMNO sebelum ini. Ini digambarkan dengan peratus keluar mengundi yang rendah dan undi rosak yang tinggi. Contohnya peratus undi rosak di Parlimen di Johor dalam lingkungan 2.95 %, berbanding dengan di Kelantan dan Trengganu hanya 1.29-1.41 % sahaja. Begitu juga di Negeri Perak, Kedah dan Selangor, peratus undi rosak juga agak tinggi disekitar 2.8% hingga 2.6 %. Juga dikatakan berlaku sabotaj politik didalam pemilihan yang lepas menyebabkan banyak undi yang dibuang adalah kepada pembangkang.
Beberapa faktor telah digariskan kenapa UMNO mengalami bencana tsunami politik kali ini, antaranya adalah saperti dihuraikan oleh Prof Agus Yusof,
. kos hidup yang tinggi, padahal pemimpin masih lagi bermewah-mewah.
.dasar yang dijanji tidak dilaksanakan., hanya umum tetapi nikmat pelaksaan tidak nampak berlaku pun.
.Isu-isu sejagat saperti rasuah, penyelewengan, kehakiman, keadilan dan hak asasi manusia masih lagi bermaharaja lela dilakukan oleh penguasa.
.media yang keterlaluan tanpa memberi gambaran sebenar apa yang terjadi dalam massa. Oleh itu internet dan laman blog menjdi medan meluahkan rasa dan mendapat berita.
.denial syndrome yang membuta tuli dan membabi buta.
.sombong kuasa dan tidak mesra rakyat,
.diskriminasi politik yang membuat rakyat lebih benci dan meluat.
.budaya bodek dan yes man dikalangan pemimpin pertengahan, menjadikan pemimpin besar merasa baik dan lega. Hakikat diakar umbi tidak difahami dengan sebenar.
.mengutamakan politik pembangunan sehingga mengabaikan kebajikan. saperti masalah makanan yang kurang, tetap mahukan bangunan sehingga tanah untuk pertanian disempitkan, terpaksa cari tanah baru dan memerlukan masa untuk menghidupkan tanah.
Ana cukup tertarik dengan ulasan beliau dan insyaallah akan ana sambung dilain ketika kerana hari ni menteri nak jawab, kena celah dan minta penjelasan. Semalam sampai jam 12 malam parlimen bersidang, ana memang tak mahu berucap lagi kali ni kerana ramai sahabat yang baru masuk nak berucap, beri peluang kepada mereka buka sayap dulu, kita dah 4 tahun lebih bersilat dan lepas ni barulah kita ambil bahagian.
Banyak perkara yang hendak dikemukakan dan hasrat rakyat dan pengundi dikawasan kena ditunaikan dan mendapat jawapan.
Jumpa lagi.......
Tuesday, May 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment