Ana tertarik membaca artikel dari pemudawilayah yang ana tolong paste disini untuk tatapan kita semua agar ianya menimbulkan kesedaran kepada rakyat yang ada otak mahu berfikir! "Cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berhubung pengambilan ubi keledek bagi menggantikan nasi ekoran krisis makanan dan kekurangan bekalan beras negara adalah tepat pada masanya.Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah serta Jepun, rakyat mereka hanya makan ubi sebagai makanan ruji dan gandum atau nasi adalah sumber karbohidrat yang kedua.
Membaca cadangan ini pada kali pertama, secara tidak langsung membawa memori kita semua mengimbas kembali zaman Jepun bila mana beras amat susah dicari. Pada zaman itu, nenek moyang kita terpaksa mengorek tanah mencangkul ubi. Dari spesis ubi kayu hinggalah spesis ubi keladi. Semua yang ada jadi rebutan.Tamat sahaja zaman perang semuanya kembali seperti sedia kala dan beras makin mudah diperolehi. Sebaik sahaja negara Merdeka dari tangan British maka Umno ambil alih pemerintahan negara. Dari Parti Perikatan mereka membangun kepada Barisan Nasional.Namun malangnya, setiap kali musim Pilihanraya mereka kembalikan rakyat pada zaman perang. Setiap kali menjelang detik kemerdekaan kisah nenek moyang makan ubi dijaja sana-sini seolah-olah orang yang makan ubi itu adalah orang yang terdesak dan amat memalukan.Rakyat diugut agar tidak mengundi selain Umno dan Barisan Nasional. Sekiranya mengundi parti lain, maka rakyat akan hidup kebuluran dan terpaksa makan ubi sama seperti nenek moyang kita di zaman Jepun.Kisah Kemenangan PAS di Kelantan.Ketika PAS menang di kelantan lewat 18 tahun lalu, rakyat diseluruh negara dimomokkan oleh pemimpin Umno bahawa rakyat Kelantan akan kembali makan ubi sama seperti zaman perang dulu. Harga barang dikatakan akan naik, ekonomi menjadi lembap dibawah Kerajaan PAS.Selain itu, kadar pengangguran akan meningkat. Inflasi akan berlaku hingga menyebabkan para peniaga dan rakyat mendapat kerugian yang besar.Keadaan ini memaksa, saudara mara rakyat Kelantan yang duduk di luar Kelantan kembali lagi selepas musim Pilihanraya dengan membawa bekalan makanan seperti beras, gula dan lain-lain.Tetapi, apa yang diperkatakan oleh pemimpin Umno itu sebenarnya satu penipuan yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri. Rakyat Kelantan tersenyum mendengar cerita 'Abu Nawas' Umno yang hakikatnya jauh berbeza dengan realiti.Kelantan membangun bukan sahaja dari segi ekonomi, malah modal insannya juga cemerlang hingga berjaya menghasilkan generasi pelapis yang kini menguasai pelbagai sektor di dalam dan luar negara.Kembali Makan UbiSetelah 50 tahun BN memerintah, krisis makanan tetap berlaku juga. Negara tidak berperang dan BN masih berkuasa. Namun ekoran dari sikap tamak dan pelbagai masalah jenayah serta korupsi, negara semakin undur kebelakang.Pemimpin Umno gadaikan tanah-tanah sawah untuk dijadikan tapak Industri. Sektor penanaman buah-buahan melebihi dari keperluan walhal itu bukanlah makanan ruji. Industri elektronik dan plastik menguasai ekonomi. Kita bangga menjadi pengeksport barangan elektronik dan plastik yang berdaya saing, tapi akhirnya kita terduduk bila mana rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan sesuap nasi. Harus diingat bahawa rakyat kita makan nasi bukannya papan litar atau kepingan plastik!Pastinya cadangan Ketua Pengarah ISIS akan membuka mata semua bahawa memakan ubi itu bukanlah simbol kemiskinan atau pun kebuluran. Ianya adalah satu alternatif terbaik, malah rakyat kita juga mulai memakan ubi secara serius sejak tumbuhnya restoran fast food seperti KFC dan McD yang bercirikan makan ruji masyarakat di sebelah barat.Cuma namanya sahaja yang dimodenkan. Dari Ubi Kentang kepada Kentang Goreng atau Frenc Fries dan disesetengah tempat, makanan ini dianggap sebagai satu simbol kemodenan bukannya kemiskinan.
Jadi, Umno selepas ini tidak boleh lagi gunakan modal Ubi untuk menjakunkan rakyat dalam apa jua siri-siri kempen mereka. Rakyat tetap akan dapat makan walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah.
Kalau dulu mereka selalu memomokkan bahawa zaman Jepun makan ubi kayu, bila dah Perikatan lepas tu BN perintah, negara maju, rakyat makan nasi dan ada jalan raya dan letrik, tapi sekarang ni kena tanya balik sapa yang perintah Malaysia, rakyat dinasihatkan makan ubi balik, dan kesihan zaman sapa perintah rakyat Sabah dan Sarawak mengeluh pasal tidak ada jalanraya , letrik dan masih guna air perigi lagi.
Hanya kesedaran akan dapat mengubah suasana, kita bukan tiada wang, tetapi cara mengagihkan wang itu yang pentingnya.
Kalau untuk orkestra philharmoni petronas sanggup habiskan berjuta-juta setahun, kalau untuk penasihat 3 orang tu habis berjuta setahun, kalau royalti petronas 7 billion lebih kepada Terengganu telah diberikan, maka apakah masih kita kata kita tidak ada wang untuk pembangunan untuk rakyat. Masih tidak ada wang untuk berikan biasiswa kepada rakyat.
Harapan agar pemimpin akan lebih mengasihi rakyat daripada memenuhi kocek masing-masing, kerana khazanah negara adalah hak untuk rakyat.
Wednesday, May 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment