Hari ni frust lagi ana. Berkali-kali ana bangun baik nak kemukakan soalan tambahan maupun nak celahan dalam perbahasan usul menjunjung kasih kepada SPB yang di Pertuan Agong, tetapi satu pun tak dapat. Ana cuma berminat pada masa soalan tambahan tadi adalah berhubung kait dengan pertanian padi yang menjadi isu sekarang ini. Semalam kalau kita rakyat Kedah tanam padi, tetapi apabila nak beli beras nak kena tunjuk KP pula, apakah bebanan yang terpaksa kita tempuh.
Kalau kita baca laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan suasana yang berlaku mutakhir ini, maka padanlah dengan apa yang sedang dikeluh kesahkan oleh ramai petani yang melibatkan diri dalam penanaman padi negara ini. Kedah yang membekalkan 40 % beras negara, memberikan sumber makanan kepada rakyat Malaysia ini, baik PM, TPM, bahkan kepada semua rakyat, hatta kepada rakyat asing yang berada dinegara kita juga. Apakan tidak , apabila hasil yang diperolehi oleh petani hanya RM 180 ringgit untuk satu relong untuk semusim, kalau kita bahagi cuma akan dapat hanya RM 30.00 saja sebulan. Bayangkankan kalau kepada paktani yang membekalkan beras untuk makanan kepada rakyat dinegara ini hanya akan dapat hanya RM 30.00 sebulan, jauh lebih rendah daripada paras kemiskinan tegar yang digariskan oleh kerajaan.
Bebanan yang terpaksa ditanggung oleh petani ini adalah kerana kos input pertanian yang terpaksa ditanggung oleh petani pada hari ini meningkat berkali ganda, contohnya kos racun yang dulunya hanya RM 30.00, tetapi pada kali ini ianya berharga RM 90.00. iaitu 300 % . Begitu juga dengan kos-kos yang lain , baja tambahan dan upah bajak serta kos benih dan lain-lain, dan apabila hasilnya dijual kepada kilang, maka potongan yang dikenakan masih lagi tidak relevan dan membebankan rakyat. Begitu juga dengan potongan yang dikenakan, Bayangkan kalau 17 kg bahkan ada yang sampai 25 kg dipotong bagi setiap 100 kilo , maka yang tinggal hanya 83 kg atau 75 kg sahaja, ditambah dengan subsidi padi, maka hasilnya itulah yang akan diperolehi oleh petani kita. Tidak ada satu kaedah tetap atau mesin khusus yang disediakan untuk melakukan tahap potongan ini, bermakna standard potongan itu tidak sama antara satu kilang dengan kilang yang lain. Tetapi bukan itu yang ana runsingkan kerana apabila ana berbincang dengan pegawai yang bertugas dikilang-kilang pembelian padi dan petani yang menjual padi, maka satu perkara yang perlu diberikan penjelasan adalah ada dakwaan kilang-kilang tidak dibenarkan untuk memotong lebih rendah lagi kerana seandainya ini dilakukan, maka kadar timbangan padi bersih akan lebih tinggi lagi yang diterima petani dan ini menyebabkan jumlah subsidi yang kena dibayar kepada petani tentulah akan lebih dan ini akan membebankan kerajaan, kalau sekiranya ini dilakukan, ( kurang potongan dari 17 kg) ,oleh kilang, maka lesen mereka untuk beli padi mungkin akan dinafikan atau disenaraihitamkan, soal saya apakah ini satu penyataan yang benar atau hanya hear say oleh petani. Oleh itu saya harap perkara ini perlu dijelaskan oleh menteri, walaupun dia kata tadi subsidi yang diberikan adalah RM2500.00 bagi setiap petani.
Satu lagi perkara yang dikeluhkan oleh petani adalah pasal subsidi baja yang dibekalkan, yang tidak begitu berkesan dan vitamin padi yang diberikan juga bukan membesarkan padi,tetapi ianya hanya merencatkan pembesaran padi. Oleh itu ramai petani walaupun mendapat vitamin padi, tetapi mereka tidak menggunakannya. Jadi saya harap kalau dapat pihak berkenaan perlu menukar kepada jenis yang lain yang dibekalkan sekarang kepada yang lebih berkesan akan pembaziran tidak terus berlaku.
Begitu juga dengan masalah racun dan penyakit yang menghiggapi pokok padi. Kalau dulu hanya kesing saja, tetapi sekarang ini adanya siput gondang emas, penyakit padi angin, penyakit bom, ulat gulong daun dan lain-lain yang sudah tentu memberikan kesan kepada hasil padi kelak.
Teknik penanaman yang baik melalui usaha pengembang pertanian perlu diadakan selalu, bukan hanya berada didalam pejabat berhawa dingin sahaja dan tak ada pengetahuan yang tepat berhubung dengan masalah yang dialami oleh petani.
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment