Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, May 15, 2008

petikan hansard ucapan 5 minit ana semalam, apa boleh buat, tu pun kena tegur.

11.56 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam perbahasan menjunjung kasih
di atas titah perasmian Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun saya menyediakan teks sebanyak lima belas muka surat, tetapi oleh kerana hanya lima minit masa diberikan, oleh itu saya nak baca tajuk sajalah.
Yang pertamanya dalam para 37, Duli Yang Maha Mulia telah menyatakan tentang
Traditional and Complimentary Medicine (TCM) yang telah dipraktikkan sekarang ini di dalam hospital-hospital awam. Jadi saya rasa perkara ini merupakan satu bentuk complimentary yang agak baik untuk kita praktiskan kerana disebut tiga buah hospital telah mengadakan pioneer dalam program ini iaitu di Kepala Batas, di Putrajaya dan juga Hospital Sultan Ismail di Johor Bharu.
Ini cuma saya nak beri sedikit pandangan bahawasanya ada satu lagi bentuk
traditional medicine dan juga complimentary ini yang perlu dimasukkan dalam tiga bentuk
yang telah dibuat di tiga hospital ini iaitu homeopati. Ini merupakan salah satu daripada
bentuk perubatan yang telah pun berada di negara maju seperti Jerman, England dan juga di
India dan Pakistan yang telah mempraktikkan sehingga mereka mempunyai hospital-hospital yang agak canggih untuk merawat menggunakan Sistem Homeopati ini. Jadi saya rasa
kementerian boleh memberi satu ruang ataupun peluang sama ada membentuk kolej-kolej
homeopati ataupun hospital-hospital homeopati di dalam negara kita.
Tajuk yang kedua adalah tentang pertanian. Kalau kita lihat daripada laporan akhbar
semalam. Cuma dapat RM180 serelung untuk satu musim padi. Ini saya rasa sesuatu yang
menyedihkan kepada petani kita. Keringat yang mereka curahkan hasilnya hanya RM180
saja serelung. Ini bermakna mereka terpaksa mengeluarkan kos ataupun belanja yang
banyak untuk mengerjakan sawah mereka. Ini melibatkan kos-kos seperti berikut:
Perbelanjaan Kos (RM)
Merumput RM40
Membajak RM100
Benih padi RM75
Racun dan baja tambahan RM150
Membaja RM65
Tuai RM90
Sewa RM300
Apa yang menjadi masalah sekarang Tuan Yang di-Pertua, adalah tentang bekalan-bekalan
baja yang diberikan kepada petani. Kebanyakannya disebut oleh petani sebagai baja
second grade ataupun baja low quality. Begitu juga dengan vitamin yang diberikan. Vitamin
ini bukan vitamin orang Tuan Yang di-Pertua. Vitamin untuk padi tidak digunakan oleh petani kerana hasil yang didapati selepas mereka menggunakan vitamin ini, padi semakin
mengecut, semakin tidak ada hasil. Jadi mereka tidak menggunakan vitamin yang diberikan
oleh kementerian ataupun Jabatan Pertanian kerana pada anggapan mereka, vitamin ini,
vitamin yang tidak memberi vitamin yang sebenar kepada padi. Oleh sebab itu, berlonggoklonggoklah vitamin yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian di rumah-rumah mereka.
Tajuk yang ketiga adalah pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa
pembinaan landasan kereta api Thailand ke Burma tahun 1942 hingga 1946. Saya telah
mendapat keluhan daripada rakyat di kawasan saya, yang telah menjadi buruh paksa yang
mengatakan mereka ini akan dibayar pampasan oleh satu persatuan ataupun Kerajaan
Jepun yang berjumlah RM1.6 juta untuk seorang buruh paksa ini. Akan tetapi sampai
sekarang, saya tidak tahu ke manakah perkara ini perlu dirujuk. Mungkin Kementerian Dalam Negeri ataupun Kementerian Luar Negeri, saya pun tidak arif. Saya harap pada kementerian
yang mempunyai maklumat berhubung dengan pampasan kepada buruh paksa Jepun yang
membuat landasan kereta api tersebut, supaya memberi perhatian terhadap keluhan yang
dikemukakan oleh rakyat ini.
Khabarnya seramai 72,000 rakyat negara ini telah pun menjadi buruh paksa. 30,000
pulang semula ke tanah air, 42,000 hilang entah ke mana. Mungkin telah menjadi makanan
harimau ataupun telah maut di Burma dan juga Myanmar.
Dan akhir sekali...
■ 1200
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa,
masa Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Akhir sekali. Akhir sekali, amaran
oleh JPJ laporan akhbar pada hari ini, mengatakan akan mengadakan sekatan jalan raya dan mengenakan tindakan ke atas mereka yang menggunakan kenderaan cermin gelap. Jadi ini
saya rasa merupakan satu masalah yang perlu dihadapi oleh Kementerian Pengangkutan
bahawa mereka yang mengimport kereta ini memang diimport kereta cermin gelap, terpaksa ditukar cermin yang cerah. Belanja RM300, mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM tetapi
apabila diberikan kepada pengguna di cermin gelapkan balik kereta tersebut. Yang menjadi
mangsa adalah pengguna.
Jadi saya harap kalau hendak import itu biarlah daripada awal ia tidak gelap. Cerah
daripada Jepun sampai ke sini. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.