Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, May 16, 2008

GURU OH GURU: OLEH DATO' USMAN AWANG
Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa
Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat
Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia
Sejarahnya dimulakanoleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca
Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.

Kepada semua guru dan bekas guru,
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.