Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, May 14, 2008

Hari ni dalam soalan tambahan ana kepada Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan, Dato' Noh Omar, ana sentuh pasal wujudnya usaha kementerian nak jadikan masyarakat kita masyarakat usahawan , gah sungguh bunyinya, ribu-ribu usahawan telah berjaya dilahirkan oleh kerajaan, dan menyatakan bangunan untuk usahawan memulakan perniagaan mestilah berada ditempat yang strategik, , ana bagi la contoh tentang bangunan Plaza Alor Star, ibu pejabat MARA di Alor Star, agensi yang nak melatih dan melahirkan usahawan terbilang dan gemilang kat menteri, terletak nun di hujong pekan, show case yang dibuat untuk usahawan mempamerkan produk mereka , ana tengok peniaga lebih banyak tidur daripada berniaga kerana tiada pengunjung, kerana itu ana harap mesti ada satu lonjakan yang dilakukan kepada bangunan ini supaya lebih memberi tariakan kepada bangunan yang menjadi pusat 'show case ' usahawan baru ini agar ianya tidak jadi hanya satu temberang kerajaan kepada rakyat. Harap ia akan jadi satu yang cemerlang saperti yang dikehendaki oleh PM dan rakyat.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan tadi. Tujuan kementerian ialah untukmembudayakan masyarakat terhadap menjadi usahawan. Apa yang saya lihat di Alor Star misalnya, ibu pejabat MARA sendiri di Plaza Alor Star, di bawahnya banyak showcase-showcase
yang diberikan kepada usahawan-usahawan untuk menunjukkan produk-produk IKS mereka tetapi lokasi tempatnya tidak strategik. Didapati kalau satu hari kita pergi itu, peniaga tersebut hanya tidur lebih banyak dari bangun kerana tidak ada orang yang pergi ke Plaza Alor Star tersebut.
Jadi, harapan saya kepada kementerian, apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menggemilangkan Plaza Alor Star ini sebagai sebuah showcase MARA yang di bawah kementerian Yang Berhormat, untuk dia menjadi mereka yang berada di situ benar-benar menjadi seorang usahawan yang gemilang dan terbilang dan bukannya temberang. Terima kasih. [Dewan riuh]
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedar memang terdapat ada premis di bawah MECD seperti Arked MARA, Bangunan MARA yang mungkin kita lihat malap. Ini mungkin tempat yang dibina premis tersebut kurang strategik, jauh dan juga agak
terpencil. Ini kerana MECD membina bangunan-bangunan ini berpandukan kepada tanah yang ada ketika itu. Untuk kita mengatasi masalah tersebut, yang pertama, kita hari ini bukan sahaja hendak
membina bangunan-bangunan di tanah yang sedia ada, tetapi juga MECD melalui agensinya
akan membeli bangunan-bangunan sama ada rumah kedai ataupun di shopping-shopping
complex untuk memberikan ruang kepada bumiputera untuk berniaga. UDA sebagai contoh,
menyediakan peruntukan hampir RM85 juta untuk diberikan subsidi kepada usahawan-usahawan
yang baru berniaga di kompleks-kompleks sebagai contoh.
Yang kedua, bagi bangunan-bangunan yang sedia ada, kita akan mengadakan promosipromosi
dengan kita melantik event management dengan izin, untuk mengadakan programprogram
supaya dapat menarik orang ramai berkunjung ke premis-premis yang kepunyaan
MECD.
DR.15.5.2008 9
Semua yang kita buat hari ini, bukannya temberang. Kalau kita temberang Tuan Yang
di-Pertua, yang sebelah sana dahulu yang lahir daripada DEB hasil bimbingan daripada kerajaan,
dia sudah berjaya, dia lupa. [Dewan riuh] Dia lupa daratan, dia lupa tongkat yang kita bagi. Ini
bak kata pepatah Melayulah, ‘seperti melepaskan anjing tersepit’, selepas itu kita digigitnya balik.
Terima kasih. [Tepuk]
4.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.