Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, May 14, 2008

Perbahasan sekadar 5 minit.

Alhamdulillah, hari terakhir perbahasan baru ana dapat berbahas untuk ucapan menjunjung kasih kepada YDP Agong ketika meresmikan parlimen ke 12 29 April lalu. Tetapi masa yang diberikan adalah cuma 5 minit saja. Tetapi ana kata ana tulis teks sejumlah 15 muka surat, jadi terpaksa baca tajuk sajalah kalau macam ni.
Perkara pertama yang ana sentuh adalah berhubung kait dengan TCM dalam para 37 titah baginda, iaitu traditional and complimentary medicine dimana ada 3 hospital yang menjadi pioneer dalam program ini dan ana harap ia ditambah kepada bidang perubatan homeopathy yang menjadi satu bidang yang dipraktiskan dinegara maju saperti Germany, England, dan negara saperti Pakistan dan India mempunyai kolej dan hospital homeopathy. Diharap di negara kita perkara ini perlulah diberikan perhatian dan sumbangan mereka perlu juga dihargai iaitu dengan menubuhkan kolej homeopathy dan mengiktiraf jenis perubatan ini.
Perkara kedua adalah pasal masalah pesawah dimana pendapatan mereka yang sangat kurang iaitu hanya RM 180.00 serelong untuk sekali tuai . Puncanya adalah kerana kenaikan kos input pertanian akhir-akhir ini. Oleh itu diharap kerajaan dapat melihat perkara ini dengan serius dan menghuraikan masalah pertani ini dengan lebih berkesan. Penggunaan baja yang diberikan kerajaan yang dianggap oleh petani sebagai 2 nd class dan terpaksa beli baja tambahan, serta pemberian vitamin padi yang tidak menambah hasil padi sebaliknya merencatkan pertumbuhan padi yang perlu dihentikan kerana petani tak guna pun, hanya buang duit kerajaan saja.
Masalah ketiga adalah berhubung kait dengan masalah pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa Jepun antara tahun 42 hingga 45 untuk membuat landasan keretapi Thailand ke Myanmar, , dan dianggarkan di Malaysia mangsa nya serama 72 ribu orang, yang pulang hanya 32000 orang sahaja dan yang tidak pulang adalah 40,000 orang, mungkin telah mati . Khabarnya mereka ini akan dibayar pampasan berjumlah RM 1.6 juta seorang oleh kerajaan Jepun dan janjinya pada Jun tahun lepas, tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat jawapan yang jelas daripada pihak berkenaan. Ramai antara waris mangsa ini masih menunggu untuk mendapatkan penjelasan dan pampasan tersebut
Perkara seterusnya adalah berhubung berita hari ini yang mana JPJ akan mengadakan operasi cermin gelap keatas kenderaan. Saya sebutkan tentang kaedah kerajaan yang silap dimana membenarkan pengimport membawa masuk kenderaan cermin gelap, kemudian diperiksa oleh puspakom setelah ditukar cermin tersebut kepada cermin cerah dengan kos RM 300.00, kemudian setelah lulus ditukar semula kepada cermin gelap untuk dijual kepada pembeli, apabila kena tahan, yang teruknya adalah pemilik kenderaan berkenaan, kena kompaun RM200 hingga RM500, oleh itu saya seru kerajaan agar syarat kepada pengimport ini kena bawa masuk hanya yang cermin cerah sahaja barulah adil kepada semua. Kalau cermin gelap jangan benarkan ianya diimport.
Belumpun habis perkara tersebut dibahas, speaker kata dah sampai masa 5 minit, nasib la kali ni, tapi dapat juga sampaikan hasrat rakyat dari kawasan ana.
ilal liqa'......

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.